Wahai SUAMI.... renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah
Justeru, Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya...
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita,
perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH s.w.t
kerana Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru, Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma Suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH....
Amin....

Wahai ISTERI pula... renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru, Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya...
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH s.w.t.
kerana Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru, Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin...
Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
SUAMI dan ISTERI ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah....

14 comments:
kite setuju lah artikel ni..terutama part ni "Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya".
SESETENGAH lelaki kan camtu... nak bini yang cun2..slim2...tapi diri sendiri boroi....muahahaha (perkataan sesetengah tu di uppercase kan khas utk samat)
hah... samat... hehe.. apesal dia membisu jek ek...
tu lah pasal...takut lah tuh!!!! hahaha
Macam pernah ku baca atrikel ni.. tapi dimana yerrrr....
hehheheh.... dh kena serbu ngan wanita2 cun n comey kat cosmo terkedu dier kot!!!! tu laaa ita, garang semacam termasuk laaa k olin...lagi arrr dahsyat!!!
Amitha Bachan pun leh takot kalau terserempak ngan korang berdua!!!! :D
sesungguhnyer...teringin sangat nak jadi isteri solehah...amin...
moga2...bulan ramadhan nie...allah bukakkan pintu kabul..amin lagi
kitorg ni luaran je nampak garang... tp hakikatnye kite ni lemah lembut lagi bersopan santun.. (huhu..) kan ita kan... Ye la... wanita kan kaum yang lemah...
Moral of the story (peringatan utk samat.. hehe) :
"Sarang tebuan jangan dijolok.."
Jangan kata tebuan.. aku sarang lelabah pun aku rempuh... sarang burung lagikan dibuat minuman...sarang kerengga pun aku hancurkan... amik ibu kengga.. nanti boleh buat umpan mancing ikan lais...sarang aper lagik ek.. yang aku takut nak kacau sarang penagih dadah.. hehehe...
senget arrr hadzri nie!!!!!
betul lah kak olynn...kiter ni dah lah lemah lembut..pemalu plak tuh.....awwwwww...muahahah
aduiiiii..........cm nak tertanggal kepala kiter nie dengor pernyataan yg dikuar kan oleh ita nie laaa!!! jijix tol......
pembetulan...
bukan* hehhehe
huh..kak ita lemah lembut, pemalu??? eiii betul kut...tambah satu lagi...gembeng!!! (kuat nangis....)
hahahha..betul tak kak olynn???
bulan lemah lembut..lemah lembik adalah...kuang kuang kuang..
kiter bukannya kuat nangis lah...kiter cume menghayati situasi atau drama jek...muahahah
Post a Comment