Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa, tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara... :)
Saturday, December 1, 2012
English is a crazy language!
English is a crazy language..and u force us to learn it
Here's no egg in eggplant,no ham in hamburger, neither apple nor pine in pineapple,
English muffins weren't invented in England, nor do French fries come from France.
Sweetmeats are candies, sweetbreads aren't sweet nor meat. Quicksand works slowly, boxing rings are square, and guinea pigs are neither from Guinea nor pigs.
Writers write but fingers don't fing, grocers don't groce, and hammers don't ham.
If the plural of tooth is teeth, why isn't the plural of booth, beeth? One goose, two geese. One moose, two meese? One index, two indices? You can make amends but not an amend? If you get rid of all your odds and ends save one, what do you call it?
If teachers taught, why didn't preachers praught? If a vegetarian eats vegetables, what does a humanitarian eat? People recite at plays and play at recitals, ship by car and send cargo by ship, and have noses that run but feet that smell.
Your house can burn up as it burns down, you fill in a form by filling it out, and alarms go off by going on. When the stars are out, they are visible, but when the lights are out, they are invisible. How can inflammable and flammable mean the same thing? And when a car slows up, it slows down!
(~.^)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Thursday, November 22, 2012
Mengapa rezeki susah nk masuk...
Mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK...
1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh
Nota: Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tp kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.
Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu nikmat yg plg azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. wallahua'lam...]
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Saturday, November 3, 2012
Biarlah....
Bermakna hati ni mmg sudah tidak mengharap lagi...
Rajuk akan dipendam...
Dendam mula bersemi...
Dan tangis cuma di dalam hati...
Bila hati ni dah tersinggung,
Mungkin cuma masa yang dapat mengubati...
Beringatlah wahai si pemilik rusuk kiri...
Jgn dibiarkan "biarlah" itu terus duduk di sudut hati...
Kerana bila rajuk semakin jauh terpendam,
Ia x mungkin akan mudah terpadam....
- NH -
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, October 31, 2012
Mari baca kawan2!
Khasiat Ayat Kursi :
☑ Baca pada saat keluar rumah,
70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.
☑ Baca saat masuk rumah,
Kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.
☑ Baca setelah berwudhu,
Derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat.
☑ Baca pada saat tidur,
Malaikat akan menjagamu sepanjang malam.
☑ Baca setelah sholat,
Maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian.
Seperkara lagi yang rasanya elok kalau aku share kat sini untuk pedoman kite seme...
☑ Kenapa kita tidur kalau Allah memanggil?
Tapi sanggup tahan mengantuk saat menonton film selama 3 jam?
☑ Kenapa kita bosan saat baca Al-Qur'an?
Melainkan kita lebih rela membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?
☑ Kenapa kita senang sekali mengabaikan pesan dari Allah?
Tapi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh?
☑ Kenapa masjid semakin kecil?
Tapi bar dan club, semakin besar?
☑ Kenapa kita lebih sangat senang menyembah artis?
Tapi sangat susah untuk menemui Allah?
Fikir-fikirkan lah...
"Barangsiapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.
SUBHANALLAH...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, October 26, 2012
Aishiteru...
Walaupun dia dh tau ape jawapannya, tapi masih nak tny lagi.
Bagi lelaki mgkin itu merimaskan dia, mgkin b0le buat dia tensi0n dsb.
Tp bagi p0mpuan pulak lain...
Napa pompuan wat camtu?
Sebab pompuan sgt suka dengar perkataan keramat "saya sayang awk" dr mulut org yg dia syg!
Walaupun 1000X dia xkan jemu untuk mendengarnya.
Walaupun dia dh tau jawapan bg s0klan tu, dia tetap nk mendengarnya.
Sbb ape?
sbb.. pompuan suka dimanja, suka disayangi, suka dihargai.
sbb.. ayat keramat tuh lahir dr mulut org yg dia syg!
sbb.. itulah menguat semangat bg si pompuan bila dia dilanda kesusahan, keresahan didlm hati.
Bukan hny belaian sj utk membuktikan syg si lelaki pd pompuan, tp kadang2 kata2 p0n suda cukup membuatkan si p0mpuan terasa amat bahagia!
Pabila si pmpuan dh berhenti bertny soalan tuh.. maka berhati2 la kamu wahai lelaki.. mgkin hati si pmpuan suda tidak lagi bersama kamu!
Jadi... mengapa lelaki mesti rimas bila pompuan tny camtu?
bukannya susah pon nk menjawab 3 patah perkataan neh... ... ... ... ... ... ... .
"saya sayang awk".. ^_^
**C&P
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sunday, October 21, 2012
Migraine vs gastrick
2-2 penyakit ni mmg selalu berebut2 nk menyerang aku. Kelmarin dan semalam... Migrain dtg menyerang. Satu apa pun tak jadi dibuatnya. Aku cuma mampu baring dlm bilik yg gelap, pejamkan mata dan cuba buang segala keserabutan yang ada dalam kepala ni. Setiap kali migrain mmg kepala aku akan berserabut memikirkan perkara yang tahapehape. Hal yg kecik pun leh jd kes bsr yg sarat kt otak aku. Makin malam kepala semakin berdenyut2, pening, nk muntah pun ada. Kalau dh smpi tahap nk muntah, aku dh tau dah. Its worse. Penyelesaian nye g klinik aje. Doc bagi aku 3 jenis ubat : voltaren 100mg, ubat pening and ubat gastrik. Slalu aku mkn ponstan je. Tp since my migraine become worse aku mintak doktor ubat yg lebih kuat dr ponstan. Alhamdulillah... Pg ni bgn tido xde rase sakit kepala langsung. Syukur la. Smlm punye sakit sampai tahap aku ketuk kepala ni sbb xthn...
Tp pg ni... Tibe2 rase mcm gastrik pulak nk menyerang. Better prevent sblm melarat kan. Pegi dapur, kacau segelas CCPP. Jd la bt alas perut sementara nk bt bfast... Hopefully lps ni aku terus sihat. Ada 1000++ tart shells yg perlu disiapkan by tuesday. Semoga dipermudahkan urusan aku....
Thursday, October 18, 2012
1 hari 1 resepi
So ari tu aku pilih 3 resepi utk masak....
1. Cencaru sumbat belakang
Aku suke lauk ni. Slalu beli je kt kedai. Xsangke lak sng sgt nk bt. Mmg sdp la kalau ikut resepi chef hanieliza ni.
2. Sup tulang ala mamak
3. Kubis goreng
Simple je kan? Xkisah la yg penting laki aku bwk bekal dan makan lauk2 aku. Tu dh cukup bt aku besar hati. Sbb laki aku ni spesis x mkn ikan. Tp buku resepi punye pasal dia makan lauk ikan. Ailebiu papa! Tqvm!!!!
Sunday, September 23, 2012
Tlg ya Allah....
Ya Allah ya Tuhanku... Kenapelah aku diduga mcm ni? Kau lembutkanlah hati dia... Kau bersihkanlah hati dia ya Allah... Kau berikanlah kesabaran kpdku. Aku xnk jd anak derhaka... Dan aku jugak xnak hidup mcm ni... Tlg la ya Allah.... :'(
Mari membaca!
Aku tgh menunggu mood nk bace novel ni. Pesal gaknye tibe2 mood membace tu tah kemane. Bkn mood membace je sbnrnye. Seme mood suda lari. Aduhhh... Tensen betul bile xde mood mcm ni.
Aku sbnrnye sgt risau. Tah mcmn hari tu dh ter lebih gune duit smpikan dh short nk byr utang. Mmg la laki aku akan cover. Tp tahan je la tgk dia bt muke x puas ati tu kan. Stress aku. Dia x tau duit2 aku tu bknnye aku bt enjoy utk diri sniri pun. Utk bantu dia jugak. Mls nk ckp byk. Kang org kate aku mengungkit. Nk xnk keraskan ati je dgn layanan org sekeliling kt org yg x berduit mcm aku ni. Serik aku. Pasni ade duit kompem aku xkn dulukan utk beli satu hape pun lah. Dh masenye utk aku blaja pentingkan diri sendiri dulu. Bantu diri sendiri baru bantu org lain.. Sedih bile tgk org xleh berkorban utk aku mcm aku berkorban utk org....
Eh baru pasan.. Aku ni nk citer pasal novel ni ke nk membebel? Huhuhu...
Wednesday, September 12, 2012
Perkenankanlah Ya Allah....
Ya Allah Ya Tuhan ku...
Seandainya telah Kau catatkan dia milikku, tercipta untukku....
Maka dekatkan lah dia kepadaku...
Titipkan lah kemesraan antara kami...
Satukanlah hatinya dan hatiku agar kebahagiaan menjadi milik kami selamanya...
Dan seiringkanlah kami dalam melayari hidup yang sejahtera dan diberkatiMu...
Kurniakanlah kepada kami zuriat yang soleh dan solehah serta ketenangan kepada kami dunia dan akhirat...
Perkenankah lah.....
Mood yg rosak...
Aku x suruh pun dia belanje makan. Aku x ajak pun dia g makan kt luar. Aku dh penat2 masak utk dia. Mmg agak frust bile dia kate dia xsuke lauk tu. Ok fine. Maybe silap aku sbb msk lauk yg dia x suke. Then bile dia ajak mkn kt luar, aku layankan aje. Tp bile cara dia kt kedai mkn td seolah2 aku & ank2 mcm menyusahkan dia sbb order yg mahal2 buat aku betul2 dan bertmbh2 kecik ati. Aku menyesal sgt g mkn td. Kalau aku tau aku suh je dia bungkus & mkn kt umah sambil aku mkn lauk2 yg aku dh msk td. Duit dia pun xbyk abis dan lauk pun x membazir.
Keciknye ati aku. Rase pasni mcm mls je nk susah2 msk.... Sblm.ni dia xpnh pun cerewet dgn ape yg aku msk. Tah kenape gaknye lately dia mcm dh xnk mkn ape yg aku msk. Sedihnye....
Thursday, September 6, 2012
Deep inside...
Aku rase dh masenye aku bertukar angin. Aku dh sampai tahap bosan duk kt umah ni. I really need a break. Moving? I'm not sure. Vacation? Absolutely! Aku perlu tinggalkan seketika suasana rumah ni yg bkn syurga lagi aku rase. Dh mcm neraka. I hate being at home.
Aku x sabar nk beli rumah sendiri. Nak duduk rumah sendiri. Nak uruskan rumah dan family sendiri. Aku dh bosan dgn keadaan sekarang. Aku rase 8 tahun tu satu tempoh yg sgt lame utk aku 'belajar' menjadi isteri dan ibu. I need my own home-sweet-home.
Semoga impian aku tercapai dan semoga semuanya dipermudahkan.... Aminnnn....
Tuesday, September 4, 2012
36 is a big number....
Sbnrnye aku agak bosan bile segala2nya cuba ditentukan oleh org lain. I'm not a child anymore. I'm a mother of three children. Aku x selesa bile dimarah2 dan dibentak2 seolah2 aku ni bdk skolah rendah. Aku x selesa bile mane setiap tindakan aku ditentukan seolah2 aku xtau ape2. Aku penat bile setiap tindakan aku x kena di mata dia. Aku sedih bile kdgkala kate2 dia bt aku rase spt kami semua menumpang dan menyusahkan dia di sini...
Kdg2 aku terfikir utk larikan diri dari tjwb ni. Hidup mcm org lain. Ade rumah sendiri dan bebas melakukan apa saja tanpa rase takut dimarahi, dicerca dan dihina di dpn dan belakang aku. Kdg2 aku protes bila hati dah x dpt nak menahan sabar dgn cara bt acuh x acuh atas semua arahan. Tapi yg paling kerap aku lakukan adalah menangis sendiri dalam bilik atau dalam kereta. Kdg2 aku puas fikir kenape agaknya aku dipilih utk hadapi dugaan sebesar ni...
Tapi aku tau... Ada syurga di situ... Aku cuba belajar utk redha dgn seme ni. Semoga aku akan terus ikhlas menjlnkan tjwb aku dan membalas apa yg termampu.....
Aku tetap sayangkan dia walau ape pun yg berlaku. Aku xkan wujud tanpa wujudnya dia.
TERIMA KASIH MUMY KERANA BERTARUNG NYAWA MELAHIRKAN OLYNN DAN BERKORBAN MASA UNTUK MEMBESARKAN OLYNN.
Semoga Allah beri aku peluang utk menjaga dan membalas jasa mumy sepuas2nya. Semoga satu hari nanti aku dpt beri kemewahan pd mumy spt mana apa yg arwah dady dan pakcik dpt berikan pd dia sblm ni..... Dan semoga mumy juga menyayangi kami semua spt mana kami semua menyayangi dia....
And...
Happy bday to me... 36 is really a big number...
Sunday, August 19, 2012
Salam lebaran...
Kalau la aku kt umah skang ni... Dgn selsema yg teruk ni.. Sure aku dpt berehat + tido kt dlm bilik menikmati ekon yg menyamankan tu. Tp kt sini xkn la aku nk tido je lak dlm bilik ekon. Malu la aku kan. So aku duk je la kt dpn ni dgn keadaan idung yg sgt2 x selesa. Laki aku dh kluar merayap ke kluang mall dgn ank2 - satu perbuatan yg mengarut aku rase bile hari raya pertama dh nk mengukur shopping complex pulak. Tp rasenye bile beraya kt sini tu je la aktiviti yg blh dibuat kot. Huhuhu..
Now ni bdn terase sgt lemah kesan dari 2 biji panadol soluble yg aku amek 3 jam lps. Letih bkn main lg tp selsema aku cume berkurg lbh kurg 1 peratus je dr tadi. Huh... Sgt kritikal selsema ni. Ni seme gara2 x tido disbbkan bt rainbow cake sambil sediakan persiapan raya la ni. Sedih sungguh!!!
Oklah. Ain dh panggil lak. Adios readers! Selamat hari raya aidilfitri! Maaf zahir & batin.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sunday, July 29, 2012
Aku, kad kredit, shopping dan simpanan....
Monday, July 23, 2012
Iftar day 3
Alhamdulillah... Tiap2 hari dlm bulan puasa mmg kt umah ni sentiasa mkn mcm2. Murah rezeki. Mmg aku dh terdidik dr kecik yg waktu berbuka mesti meriah.
Dh bbrp thn sejak arwah dady pergi, waktu berbuka adalah waktu yg paling sayu. Dady suka makan. Tiap2 hari ade je idea dia nk suh mumy msk ape, dan nk g beli ape utk berbuka. Kdg2 belum pun berbuka utk ari ni dia dh pk kan menu utk esok. Sejak dia xde suasana berbuka dh x mcm dulu. Wpun byk makanan tp aku tetap rase ade yg kurg. :(
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
x training, meeting. x meeting, training....
Sesungguhnye aku rase mcm nk nangis je bile memikirkan yg sok ptg dia dh nk bertolak ke KL... huwaaaaaaaaa!!!!
Sunday, July 22, 2012
Day 1 iftar
Utk hari pertama ni nmpknye kitorg berbuka dgn nasi putih & lauk2 je. Aku msk siakap sweetsour ngan sambal petai udang harimau. Nk bt kerabu dh x smpt. Pastu ade bubur kacang, jambu batu & air cincau. Aku grg karipap frozen sket. Xlupe gak kurma. Ape pun aku tetap mulakan suapan ngan kurma & CCPP.
Wpun juadah agak byk, aku cume smpt amek gmbr 2 ke. Tu pun tangkap muat je. Nk bt cane kan. Layankan je la ye. Hehehe...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Thursday, July 19, 2012
Ke arah tekanan sifar...
Alhamdulillah... Sejak x keje ngan cosmo dan jadi WAHM ni, hidup aku kurg stress berbanding dulu. Xperlu lg terkejar2 nk bhg masa antara kerja, bisnes & rumahtangga. Now ni tjwb aku cume pd family & bisnes je. Kurg sket tekanan tu. Kdg2 smpi aku sniri terlupe yg aku pnh berada dlm situasi yg sgt tertekan yg blh merisikokan kesihatan aku sniri dulu. Dan aku sniri pun dh ingat2 lupe mcmn rasenye stress tu.
Now ni dh xde lg rase tegang kt bahu & tengkuk mcm dulu2. Cume migrain je yg slalu menyerang sbb duk umah tu panas sgt. Slalu ber aircond je kt opis kan. Hehehe. Skang ni baru la aku ade mase utk berehat2 jap kt umah. Kalau dulu, mimpi je la nk berehat2 ni. Masa sentiasa je penuh. Jgn kate rehat, lunch pun aku jarang2 amek dulu dek kerana terkejar2 antara tugas kt umah ngan masa kt opis.
Ekceli aku xde la rehat sgt pun duk umah. Alhamdulillah sejak x keje tempahan kek bertambah. Saper sangka pendapatan hasil bisnes lebih bagus dari pendptn aku kt cosmo. Alhamdulillah. Tp kena gak beringat kan. X semestinya tiap2 bulan pendptn aku leh dpt cani. Name pun bisnes.
Aku bkn xnk cari keje. Cume aku belum bersedia lg. Insyaallah lps raye nanti baru aku aktif cari keje balik. Tgk bisnes mcmn gak. Kalau still byk tempahan maybe next year kot baru aku cari keje. Bt mase ni aku prefer jd pt time trainer je ke. Bt keje2 freelance. Sbb aku rase family lebih perlukan perhatian aku... Lgpun laki aku xkisah pun aku x cari keje lain. ;)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, July 18, 2012
After 17 days...
Baru 17 hari... tp aku rase mcm dh 17 bulan... dan stress duk umah tu dh mula terase... tp dek kerana terlalu bz ngan tempahan, aku terlupe yg aku stress... hehehe... dan hari ni... stress tu dapat dikurangkan (dibuang terus kot) slps sesi hang-out bersama bbrp x-officemate, Linda & Hana... Lepak santai je pun... G kedai Aida. Tgk2 kain & tudung sambil terbeli skali... pastu lepak minum petang kat Restoren Ogy's. Bestnye dpt makan lempeng, ubi rebus & jemput2... Dari dulu ajak laki aku x pnh nye dia bwk... Akhirnye tercapai gak hajat ni.. hehehe... kalah org mengandung ek tekak aku....
Pape pun... hari ni mmg best! Pasni kena gak skali skala hangout cani la kan... Lepak2... lari dari kesesakan kt rumah... ;p
Klah... time to sleep. Meh layan gmbr makanan yg dh selamat diproses dlm perut ni td....
Adios readers!
Sunday, July 8, 2012
old and new....
Ok. Tibe2 rase rindu nk bt kelas. Hehehe...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, July 6, 2012
syukur.....
UNEXPECTED!!! Aku xde bg high expectation pun kt diorg. Tp aku sgt2 terkejut & bersyukur dgn result diorg. Boboi dpt no 4 dgn 8A. Kakak lak dpt no 3 dgn result 1 B je utk subjek seni visual. Alhamdulillah... Satu peningkatan yg baik utk kakak. Dari no 28 turun no 18 dan last2 dpt no 3. Alhamdulillah...
Yg harunye aku dh terlepas janji ngan dia nk belikan dia tab yg murah2 kaloo dia dpt no 1 - 3. Haaa... Kan dah. Xpasal2 nk kena beli. Xpe lah. Janji result kakak mampu menyejukkan hati aku. Result boboi jugak. :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, July 3, 2012
Diam bukan bererti bisu....
Ada ketikanya diam itu perlu bagi menjaga hati, mencegah dosa dan menjaga keharmonian. Namun, diam bukan bererti membisu. Ada waktunya bicara perlu dimula, kata-kata perlu dilontarkan dan suara perlu didengarkan kerana kalau terus berdiam, ia umpama bersetuju, lemah dan tiada pendirian. Fikir-fikirkan. ~ Dr. Hj. Tengku Asmadi
Walaupun kata2 Dr ni ada betulnya, tp bagi aku ada ketikanya kata-kata tidak diperlukan kerana ianya bukan saja memburukkan keadaan, tapi jugak makin menyerlahkan kekurangan diri kita. Dan sekaligus mengubah impression org lain pada kite. Mmg aku jenis outspoken. Tapi utk sesetengah keadaan, aku memilih utk berdiam diri. Aku yakin dgn Allah. Jika kita benar, maka Allah akan tunjukkan kebenaran tu. X perlu lah aku mencari pengaruh di sana sini dengan mengeluarkan hujah yg konon dapat mem'benar'kan diri aku sniri sbb tindakan tu akan buat aku nmpk sgt bodoh dan lemah. Tu pada aku la... mungkin pada org lain tindakan aku berdiam diri tu yg buat aku nmpk bodoh kan. Masing2 dgn pandangan masing2 kan...
ok Adios readers!
Monday, June 25, 2012
untuk terakhir kali....
Kawan2...
Kite mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki atas gurauan dan teguran yang terlebih dan sebagainya. Halalkan semuanya ye kwn2. Semoga hubungan persahabatan kite seme xkan putus sampai bile2. Ingat yang baik2 je tentang kite ye, sptmane kite jugak akan ingat baik2 je ttg korang. Terima kasih sbb jadik antara kenangan termanis dalam hidup kite. Sayang korang ketat2!!!!
Thursday, June 21, 2012
Terima kasih Cosmopoint...
Hati terase sgt sebak bile kenangkan yg perjuangan aku kat sini akan berakhir x lame lg. Terima kasih cosmopoint atas pengalaman dan ilmu yg x ternilai yg aku dh dpt sepjg 13 thn ni.... Aku hargai semuanya walaupun ade kisah duka dipenghujung perjalanan aku kt sini.
Utk kwn2 seperjuangan...
Kite mesti rindu seme org pasni. Hidup korg mesti aman kan xdgr lagi kate2 laser dr mulut kite. Terima kasih kwn2 sbb same2 ngan kite dalam suke duke kite kt cosmo ni. Semoga kite seme same2 berjaya dlm hidup kite pasni. Kite syg korg seme... ;)
Utk x-student seme...
Terima kasih sbb bg pengalaman yg sgt berharga dlm hidup sy. Semoga awk seme berjaya di dalam bidang masing2 pasni. Jg diri, hiasi peribadi ok. Lebuols! ;)
Semoga kehidupan aku lps ni lebih baik dari sebelum ni.... Terima kasih Allah atas segala ketentuanMu....
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, June 20, 2012
Dia mendamaikan...
Tuhan... Besarnya dugaan yg Kau beri. Tabahkanlah hati aku ya Allah. Jgn biarkan aku lupe ttg hikmahnye bersabar. Cepat lah semua ni berlalu...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, June 19, 2012
Serabut lagiiiii!!!!
Dear Muar Branch Staff,
Please be informed that Top Management has approved for all staff from Muar
to be transfer to HQ/KLMU/MLK due to operational requirement. Only those who
submitted their resignation will be considered leaving the organization.
However any resignation will be accordingly as stipulated in their contract
of service. We will be writing officially to all Muar staff who will be in
KLMU/HQ latest 01/07/2012 and decision is final.
Please be advise accordingly.
Come on Idrus weiiii! Lu nak bagi pampasan ke x nk? Asyik main tarik tali. Palehotak sungguh! Yang Rahman pulak bile tanye depan2 bukan main lagi dia menabur janji. Tp tibe2 kuar email yg mcm ni. X habis2 mintak resign letter dari kitorg. Bullshit la wei!!! Ingat kitorg bodoh ke nk antar resign letter?
Hmm... pape pun aku dh mls nk bertindak mcm sblm ni. Aku yakin dgn Allah dan aku percaya dengan rezeki Allah... Insyaallah.. kalau aku x dikurniakan rezeki kt pampasan tu, ada la rezeki dari sumber lain untuk aku & family aku. Semoga mereka yg menganiaya ni terima pembalasan yang sepatutnye....
Saturday, June 16, 2012
Hari2 akhir...
Smlm gathering terakhir aku & kwn lecturer yg lain. Kitorg g mkn steamboat kt Seoul Garden. Kat MP sane. 13 thn keje, dh nk benti ni baru la aku nk bt jahat. Kuar kul 10 lbh, kul 6lbh baru masuk opis balik. Hehehe. Tp puas ati lah mkn kt situ. Makan smpi bloated! Yg penting we've enjoyed ourselves.... Nantilah baru citer pasal ni.
Adios readers!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, June 13, 2012
Halatuju
Baper hari lagi ek nk jadik penganggur atau surirumah sepenuh masa atau nama yg lebih kelasssss WAHM a.k.a working at home mom.... Ekceli aku x pk lg masak2 ape nk bt lps ni. Yg aku nmpk aku akan teruskan bisnes Yummilicious. Tp x tau la sama ada nk cari keje ke, nk sambung blaja ke... Blurrrr... Tp skang ni aku tgh teruja sgt2 nk rase duk umh jg ank2 cane. Mesti best kan. Rileks. Kalau sblm ni aku ade 3 tjwb bsr - tjwb sbg staf cosmo, tjwb kt yummilicious ngan tjwb kt family... Skang ni tinggal 2 je. Hidup aku dh x perlu lg terkejar2kan thumbprint dan kelas. Cume uruskan rumah & tempahan aje. Tp blh ke aku bertahan tanpa income tetap mcm sblm ni? Aduhaiiii... Mls betul nk pk. Byk plan aku sbnrnye. Tp xtau nk bt yg mane satu. Kdg2 tingat blk ttg cita2 aku nk publish buku dulu tu. Maybe ni masa yg sesuai. Kdg2 rase mcm nk besarkan je bisnes yg ade. Kdg2 rase nk sambung blaja lakk. Dh free ni kan...
Tah la... Pape pun aku mls nk pakse diri. Yg aku tau aku nk rest dlm sebulan dua ni. Pastu baru cari keje. Tu pun kalau perlu dan sesuai.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, June 8, 2012
Diam....
DIAM....
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..
tapi..
Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..
kerana..
DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..
maka..
jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM.
Yang pasti, bagi aku.... DIAM ITU BUKAN BERERTI BISU..... dan DIAM BUKAN TANDA SETUJU....
Wednesday, June 6, 2012
Ni lah namenye KEHIDUPAN...
Semoga Allah permudahkan segalanya utk kami... Aminnnnn...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, May 30, 2012
Kisah hidup...
Kdg2 aku bosan. Kalau ikutkan ati nk aje amek maid. Aku penat sgt. Kdg2 terase mcm org gaji pun ye kt umh ni. Bayangkan... Sblm g keje aku dh kemas semenye. Meja bersih, sinki kosong, lantai bersih. Tapi bile balik... Lantai penuh dgn sampah, pinggan mangkuk kotor bersepah2. Atas meja depan, atas almari tv, atas meja dapur, dlm sinki. Ya Allah... Rase nk menangis pun ade. :(
Semoga Allah beri kekuatan dan kesabaran pd aku utk lalui semua ni....
.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, May 25, 2012
Aduhaiiiii!!!!
To mr papa...
TQ papa! Cpt balik ye. Honey x leh nk uruskan rumah ni sorg2 nmpknye... Really need u! :(
P/s : time kasih byk2 la sbb g tgk wayang ngan kwn2 tanpa honey. Ade ubi, ada batas. Ade hari, honey balas hokay! Sekian!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, May 23, 2012
Bakar darah!
Aku marah betul ngan cosmopoint ni! sampai ke hari ni kitorg masih x dapat surat atau memo atau ape2 dokumen a.k.a hitam putih ttg tiga option yg diorg offer dlm kes penutupan cosmo muar. ekceli aku dh mengarang citer ttg penutupan ni. tapi citer x abes sbb pjg sgt. jadik terbengkalai lak. later on je la aku sambung & ceritakan dgn terperinci ttg kronologi penutupan ni.
pape pun... hati ni pedih, sedih... sampai ati ek diorg bg staf mcm ni. kitorg ni mcm sampah la pulak. vudusssss! kamon la... kalau betul nk tutup, ikut jalan yg betul. jgn aniaya staf & student. Jangan main tarik tali ngan kitorg. This is bullshit! tempoh utk pulangkan bangunan cume tinggal x sampai 2 bulan. Ape lagi yg diorg tunggu utk kuarkan hitam putih yg boleh menjamin hak & status kitorg kat company ni? Kitorg mmg betul2 rase ditindas.
Hello... jgn ingat kitorg bodoh hokay. Jgn berterusan nk main tarik tali mcm ni. Walaupun Muar ni bukan taraf bandar besar, tp kami yg kat muar ni bukan la bodoh dan kolot sgt smpi boleh biarkan org bt sesuka hati... KAMI TAU TENTANG HAK KAMI SEBAGAI STAF & KAMI JUGAK MENGKAJI AKTA....
Huh!!! Naik darah aku la dibuatnye!!!
Mencikkkkk!!!
Pastu laki aku lak aku nk ikot bwk je la. Bkn mahal pun kalo setakat sewa 1 bilik. Time aku dulu aku sanggup tau sewa bilik lain sbb nk bwk dia. Tp dia kedekut. Mencikkkk lagi!!!!
Huwaaaaaaaaa!!!!!! Mencikkkkkkkkkk!!!!!!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Monday, May 7, 2012
Ohmai...
Aduhai anak2 aku.... Dasat sungguh tido smpi cani. Yg ain pun x padan ngan pompuan. Ganaz tul! Yg boboi lak ape kes lak nk menonggeng? Haishhh... Mcm2 budak2 ni!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Fasa sedih...
Sok laki aku outstation sampai rabu. Tah kenape hati ni rase lain. Mcm x sdp ati je. Maybe sbb dh lame sgt dia x outstation kot. Maybe jugak disbbkan kesihatan ank2 yg kurg baik jadikan aku berat sgt nk lpskan laki aku g training kt kl. Kalaulah aku blh tahan dia dari pegi.
Or....
Adakah rase risau atau x sdp ati ni disbbkan ade sesuatu yg dia akan bt yg melanggar 'perjanjian' aku & dia?
Tuhan, semoga semuanya kan baik-baik saja...
Aminnnn...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Thursday, April 26, 2012
Wednesday, April 25, 2012
Aku tau bkn aku sorg je yg stress ttg perkara tu. Opis dh mcm rumah mayat aku rase. Dh xde cerianya. Masing2 cube utk menceriakan suasana tp hakikatnye semenye sibuk melayan dan cube mengubati perasaan masing2. X sabar rasenye menunggu saat di mana seme ni dpt diluahkan pada dunia...
Tuhan... Semoga segala2nya terlerai dgn baik hendaknye..
.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, April 17, 2012
Aku meluat sbnrnye. I just want to share my life, my happiness, my craziness, my disappointment, everything. Tp ade je yg cube menjadi 'i-dont-know-how-to-call-it' yg cube utk kelihatan superb but at the same time menyinggung perasaan org dan menjatuhkan maruah org. It's a fail!
Hmmm... Tibe2 semangat membara td ilang. Idea terhenti jap sbb td tgh drive. Bwk mumy g berubat. Xpelah. Pape pun hati dh lega sbb dh dpt luahkan kt sini. Kpd yg terasa dia di dlm golongan 'i-dont-know-how-to-call-it' tu, bwk2 la bertobat. Org meluat la dgn perangai korg.
Adios readers!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Monday, April 16, 2012
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu....
Saturday, April 14, 2012
• ♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡ •
Hmmm... Rasenye weekend ni akan jd weekend yg pjg utk aku. Incik suami keje sbb ade stocktake. And of course bile ade stocktake dia kena dtg awal pg. Jd kena la dia tido segamat mlm ni sbb xnk rushing kuar umh pg2 esok. Haish... Boring la nmpknye weekend ni. Xpe la... Jauh di mata, dekat di hati kan?
Hmmm... Ape agaknye aktiviti nk bt time dia xde ni ek???
Saturday, April 7, 2012
6 Hackers Terbaik Dunia...
Aku pun x ingat la dari mane aku amek info ni. Tp time godeh2 bb buruk kesygn aku ni, terjumpe lak artikel ni kat bhgn note. Jom bace!
6 hackers terbaik dunia:
1) Jonathan James
James adalah rakyat Amerika, semasa berumur 16 tahun dia dimasukkan ke penjara kerana membocori laman pertahanan Amerika Syarikat dan dia cuma berkata dia melakukan perkara tersebut semata-mata untuk kepuasannya sendiri. NASA menderita akibat kepandaiannya, James mencuri software NASA yang berharga $1.7 juta dollar AS. Sehingga NASA terpaksa untuk mematikan server dan sistemnya. Kerana kelakuannya, dia tidak boleh menyentuh komputer selama 10 tahun.
2) Adrian Lamo
Dia menghack New York Times untuk mendapatkan info peribadi dan beberapa nombor security . Dia akhirnya didenda $65,000 dollar US.
3) Kevin Mitnick
Inilah legenda hidup yang benar-benar mantap dalam dunia hack.
Antara yang dia lakukan :
-Mengkaburi FBI
-Hacking kedalam DEC system (Digital Equipment Corporation)
-Mendapatkan password administrator dalam satu komputer IBM supaya menang perjudian.
-Hacking Motorola, NEC, Nokia, Sun Microsystems dan Fujitsu Siemens systems
Dan masih banyak lagi kelakuan dia yang luar biasa. Seorang white hat hacker pun yang bernama Tsutomu Shimomura pun dihack komputer sistemnya oleh Kevin, dan terjadilah perang hacker. Dia ditangkap oleh FBI dengan bantuan Tsutomu Shimomura yang mengesan jaringan HP yang dibawa Mitnick saat itu. Tapi sekarang dia sudah insaf dan menjadi seorang penulis buku, konsultan security, dan pemudahcara.
4) Kevin Poulsen
Juga dikenal dengan Dark Dante. Dia menghack database FBI. Selain itu dia juga menghack seluruh talian telefon kerana memang kemahiran dia menghack talian telefon. Saat ini dia jadi senior editor diWired News, dan berjaya menangkap 744 penawaran sex melalui profiles Myspace.
5) Robert Tappan Moris
Orang yang pertama kali membuat Worm, yang dinamakan Morris Worm melalui internet dan menyebarkan wormnya yang mengakibatkan lebih kurang 6000 komputer jadi down..!!!
Dia akhirnya dipenjarakan rumah selama 3 tahun dan didenda sebesar $10,500 dollar. Sekarang dia bekerja sebagai professor di sebuah MIT Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory!!
6) Karl Koch
Dia berasal dari Hannover Jerman yang menamakan komputernya FUCKUP (First Universal Cybernetic-Kinetic Ultra-Micro Programmer). Dia melakukan beberapa kajian dalam menghack pada kurun waktu1985-1988. Dia juga seorang penagih kokain.
Dia berjaya membolosi beberapa sistem ketenteraan AS dan menghack sebuah pusat tenaga nuklear AS pada zaman perang dingin dan hasil hacknya dijual ke KGB (Agen Rahsia Soviet Union). Dia ditemui mati pada tahun 1988, menurut info dia membakar tubuhnya sendiri namun ada yang mengesyaki menjadi mangsa konspirasi...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, April 4, 2012
Ha? X putih???
Aku kalo shopping menda lain mmg aku x cerewet. Tp kalo shopping kasut ngan handbag mmg aku sgt2 cerewet. Selagi x jumpe yg betul2 berkenan, aku sanggup x membeli & pakai je kasut atau hbag buruk yg ade. Huhuhu... Mahap la ye incik suamiku sbb terpakse bersabar dgn aku bile bab menyoping kasut nih...;p
Tuesday, April 3, 2012
Kasihan seorang perempuan
KASIHAN SEORANG PEREMPUAN
diam-- dia lemah.
lantang-- nampak salah.
mesra-- dia sundal.
pasif-- suami gatal.
kahwin-- "bila beranak?"
tak kahwin-- pasti digelak.
berzuriat-- xcukup sempurna.
tak berisi-- lagi dikata.
berhijab-- tak cukup labuh.
tanpa tutup-- lagilah heboh.
setia-- dimadu sana sini.
curang-- dicanang keji.
terlalu cinta-- dimain2kan.
terlalu berjaga-- dimarah2kan.
sering nangis-- rimas selalu.
mata kering-- dipanggil batu.
orang mendosa-- yang salah perempuan.
bila pahala-- lelaki diagungkan.
buat betul-- pelbagai dipersoal.
buat silap-- sekampung berbual.
aduhai--
betapa kasihan;
betapa kasihan.
*pause*
kadang2 bila aku baca status2 chauvinist di fesbuk, aku rasa macam hendak komen dan maki selalu. aku tidaklah seorang anti lelaki, jauh sekali seorang feminis. aku cuma keadilan dalam pertimbangan.
baca status2 'jantan konon2' ini buat aku hendak muntah. beri nasihat itu ini pada wanita tapi dia sendiri melakukan perkara2 yang menjadikan perbuatan wanita yang dikata itu suatu fenomena.
contoh:
bersinis tentang perempuan bergambar tidak sopan.
SENDIRI ada gambar dalam kelab malam sama perempuan.
bertegas tentang aurat perempuan dan berkeras tentangnya.
SENDIRI cuma bergaul dengan mereka2 berkain atas peha.
apa cerita?
apa yang aku nampakkan,
zaman ini--
untuk menjadi perempuan yang diterima--
seorang perempuan perlu bertanya.
"abang hendak saya jadi apa?"
hakikatnya;
kalau tanya pada singa,
mestilah laparnya pada daging.
kalau tanya pada serama,
mertilah laparnya pada emping.
soalnya wahai perempuan--
"adik hendak jadi apa?"
kalau hendak jadi lauk,
masaklah tubuh sampai semerbak.
kalau hendak jadi ilmu,
lakarlah tubuh bertulisan berselerak.
kita yang pilih kita siapa.
*pause*
wahai perempuan.
semua jenis perempuan telah pernah aku jadi.
semua jenis perempuan--
DEMI diterima lelaki.
apa untungnya?
hati yang mati.
jiwa yang lari.
sudah2lah tu, wahai perempuan.
kasihankan diri kita.
sayangkan diri kita.
simpankan--
setiap kasih setiap cinta setiap rasa setiap manja--
pada seseorang bernama suami.
kerana--
selagi KITA tak terima diri ini;
selamanya kita saham yang rugi.
berhenti.
berhenti puaskan satu dunia.
berhenti--
dan buat APA yang kita SENDIRI rasa kita bahagia.
*pause*
kasihan.
kasihan seorang perempuan.
tapi menguntungkan.
kerana--
dibilang lemah, salah, sundal, gatal.
digelak, dimain, dimarah, ditujal.
kalau cuma dia senyum dan redha sabarkan--
berkecai semua--
berjemput ke syurga.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, March 30, 2012
Selepuk kecepong kena muke direktor ahmad nisfu! ;p
Happy reading readers!
------------------------------
muak la dgn kebencian semua orang.
sana sini share itu ini.
fitnah sana sini.
kerajaan ke.
pembangkang ke.
consumer ke.
penjual ke.
muak la.
kenapa senang2 percaya?
apa juga cerita--
asal namanya cerita--
adalah fitnah.
apa salahnya kita berbual cuma tentang perkara2 molek dan baik sahaja?
kita macam ada ketagihan pada terror.
kita suka memomokkan.
gemar menakutkan.
kenapa?
"people should know"
know what????
kadang2 aku tak paham apa yang kuda2 semua ni dok patriotik sangatnya.
tak suka tepung cap mangkuk, share artikel cap mangkuk ada bangkai.
tak suka brand kasut, share pasal kulit dia babi.
benda tak sahih main share2.
lepas tu bila dah ada bukti yang semua tu fitnah--
tak ada pulak minta maaf pada tepung kasut tu semua.
itu hal kau.
ye.
habis.
yang membaca?
elok2 benda tak perasan, jadi was2 pula?
sudah2 lah tu nak...!!
sedih.
perih.
dah banyak kali aku cakap cantik2 tentang menjadi orang yang menolak budaya "ceritalah lagi" di kalangan kita.
hari ini, aku mau bagi tiga cara paling mudah tapi berkesan dalam mematikan fitnah.
kalau ramai2 kita bikin,
KOMFEM dalam masa sebulan, boleh terbantut pertumbuhan budaya ini.
aku ulang.
kita SEMUA kena ramai2 buat.
baru menjadi.
kaedah 1) kewartawanan.
selesai sahaja orang bercerita, balas "jap" sambil tekan butang 'record' di telefon. sambungkan dengan "tak.. aku ni pelupa. kang tak ingat point kau apa". pastikan wajah anda naif dan bersungguh2 seperti mahu mendengar mereka.
nescaya berkuranglah sifat mengadu-domba dalam masyarakat-- kerana manusia cuma berani berbual belakang2 sahaja. bacul dan hanya berkobar bila tidak diketahui orang yang diceritanya. sebab itu selalu modal mereka "eh, kalau aku cerita, kau jangan cerita sama dia ye?"
kaedah 2) pementasan.
ketika orang bercerita, selang lima saat kau jawabkan dengan seluruh mimik muka: "ye keeeee!!!!". selama 10 minit. boleh diganti2 dengan "laaaaaaaaaaaaaaa agak iyeeee" bila2 masa dirasakan sesuai. pastikan jarak respon tadi tepat pada saatnya. tidak kiralah kau terpaksa potong cerita2nya.
nescaya berkuranglah minat orang bercerita sesama mereka kerana merasakan penyebaran fitnah dan gossip itu tidak kool-- malahan sudah menjadi satu modal orang untuk menganjing-- sekaligus menjadikan penceritanya merasa palat pula.
kaedah 3) menurun syaitan.
bila mana orang mula membuka mulutnya untuk menyampaikan apa2, sauk kepalanya sambil pegang ubun2nya dengan kemas, dan jerit dengan lantang: "KELUAR KAU SYAITAN!!! KELUAR DARI BADAN MANUSIA INI!! KELUAR!!".
nota kaki: pukulan tambahan dan sedikit terajang adalah digalakkan. mangsa berkemungkinan bertanya "kenapa" atau "hoi ini aku". teruskan pembantaian sambil menjawab "bukan!! kawan aku bukan macam ni!! kau syaitan!!!"
insyaAllah berjaya, adik2.
selamat mencuba!
------------------------------
Mari la kite same2 praktikkan ye kwn2! Hehehe...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
gigitan cinta di khamis malam...
Thursday, March 22, 2012
Pembahagian tugas...
Lately ni, boleh dikatekan hampir setiap hari aku menangis sorg2 sbb terlalu penat menguruskan semenye... laki aku mmg membantu... tp dia cume akan buat bile aku mintak tolong aje. Aku jadik sgt2 stress, bosan, tensen, semenye lah. Sampai satu tahap, aku malas nk bt apepun kt umah tu.
Disebabkan aku terlalu tensen dan dh x larat nk uruskan seme nye sendiri, akhirnye start isnin hari tu aku dgn ikut sukati aku tlh membuat satu pembahagian tugas antara aku ngan laki aku. Start isnin ari tu tugas menyiapkan ank2 utk g skolah aku dh serahkan secara rasminye kat suami tercinta. Walaupun tugas tu nampak remeh, tp ianya sgt2 memberi kesan kpd hidup aku. Aku dh x lagi stress mcm dulu sbb semenye x terletak kat bahu aku sorg. TQ incik suami sbb rela membantu tanpa ada bantahan. Sayang kamoooo!!!
Now ni aku rase idup aku lebih teratur. Dan akhirnye aku betul2 rase yg aku mmg x perlukan maid. Syukur la sbb Allah bukak pintu hati laki aku utk membantu menguruskan mane2 yg selame ni aku yg uruskan. Alhamdulillah.... Lebiu papa! TQ kerana memahami....
Saturday, March 17, 2012
Bermalas-malasan...
Tah kenape aku jadik malas yg amat sgt lately ni. Rase mls sgt nk amek order. Mls sgt nk bt kek. Can I just quit? Rase mcm dh mls nk penat2kan badan. Merajuk pun ye. Tp xtau merajuk kan ape. Nk promote pun mls. Biar jek. Kalo ade org order aku bt. Xde, aku rehat.
Sbnrnye... Hati menggelitik nk further study. I wish that my life is as simple as others. Nk bt ape, bt je. Xpyh nk pk ape2 pun. Kalau lah aku byk duit kan. Aku benti je keje utk sambung blaja. Lepas tu baru la aku cari keje yg lbh baik dgn gaji yg lebih bsr. Dan kalau la aku byk duit, aku x heran nk amek bibik2 indon wpun gaji rm700 sekalipun utk bantu aku uruskan mak aku ngan ank2 aku sepjg masa aku study. Aku pun x risau nk tinggalkan diorg waktu aku g kelas. Semoga ade peluang utk aku.
Hari ni pose hari ke -6. Semoga aku berjaya pose smpi hari ke 7 esok. Permudahkan lah ya Allah....
Thursday, March 15, 2012
Kalau ade jarum yang patah, jgn disimpan di dalam peti...
Dugaan sungguh! Bile Allah dh kate benda tu xkn jd, mmg xkn jd la walau apepun kite cube jadikkan... Citer dia mcm ni...
Mlm smlm nk bt brownies utk Ida. Konon pg ni suh dia amek kt opis. Skali nk bt tgk2 telur dh abes. Hati dh terdetik masa tu. "Hurmm... Mcm x direstui jek nk bt mlm ni". Dh kul 10.45 mase tu. Mls betul nk kuar. Terus call laki aku yg tgh otw dari segamat. Suh singgah 7e beli telur. Skali dlm kul 11 dia call... "Honey leh tlg tgkkan kunci spare kt dlm kotak atas gobok bilik kite x?". Aku tanye naper. Rupe2nye dia terkunci keta dgn kunci masih kt dlm keta & enjin pun x matikan masa dia turun beli taufufa utk aku kt bustand pagoh. Haishhhh! Org nk cpt, ade je aralnye. Nk xnk, terpakse la aku kuar.
Lepas dh bg dia kunci spare, aku tetap gak suh dia g belikan telur. Dh lbh kul 11.30 mlm br dia smpi umh. Aku tgk jam... Alamak dh dkt kul 12 lak. Kul baper nk tido ni kalo tunggu brownies msk. Sok dh la keje pg. Xpelah. Sok bgn sblm subuh leh bt. Kejap je bt brownies tu. Bkn susah pun.
So, pg2 td aku bgn, terus2 je bt brownies ida tu. Bile nk letak telur, tgk2 telur tu kecik je. Alamak... Telur omega rupenye laki aku beli. Kecil betul. Nk x nk gune jugak. Tp aku lebihkan kuantiti dia. Siap bancuhan brownies aku. Masuk oven, masak. Lbh kurg stgh jam pastu dh blh kuar oven. Bau mmg sdp, kejadiannye pun cantek. Dgn berbunganye ati aku ni, tunggu brownies tu sejuk nk letak dlm bekas.
Tp dh nk g keje aku pun nk kuarkan la brownies tu. Skali tu xnk kuar lak. Haishhh! Ape degil sgt brownies ni? Ke sbb masih x cukup sejuk? Aku pakse gak. Ketuk2 sket2. Skali yg kuar cume separuh je. Separuh lg melekat kt loyang. Huwaaaaaa!!! Kecik ati!!! Mcmn nk bg kt ida brownies separuh cani??? Dgn redha & pasrahnye aku sms ida & mintak dia amek brownies mlm nanti. Huhu... Dh Tuhan kate brownies tu mmg bkn utk ida....
Sekian!
** gmbr kt atas tu bkn brownies yg patah 2 tu ye. Yg patah 2 tu sy x amek gmbr. Keciwa!
Wednesday, March 14, 2012
Gambar xde kena mengena ngan entry.. Hehe...
Hari ni terasa rileks. Ank2 x skolah, laki aku outstation, dan aku pulak masuk keje tengahari. Wah! X perlu nk rushing pape pun pagi ni. Bahagianye hidup! Ari ni pose lagi. 3rd day. 4 more days to go. Ptg nanti msk simple2 je la nmpknye. Mlm ade kelas. Silap2 aku beli je mknn nanti. Hehe...
Smlm dpt lg tempahan tart gulung. Ohmai... Ingat mls dh nk bt smpi nk raye nanti. Tp xsmpi ati lak nk menghampakan kwn2. Nmpknye hari ni dh kena sediakan inti dia. Kalau larat maybe aku btkan sekali tempahan 300 biji yg aku terpakse cancelkan sbb xsmpt nk bt hari tu.
K guys! Mase utk mandikan ank2. Adios!
Tuesday, March 13, 2012
Aku, dia, donut dan brownies...
Hari ni aku pose lagi. Alhamdulillah smlm dh berjaya pose sehari. Punye la letih mengalahkan budak2 kecik. Terbaring jek. Siap tido lagi. Tahpape la aku ni.
Lately ni aku dh makin kurg amek order. Tahlah. Penat. Maybe aku perlukan masa utk diri sendiri & family. Alhamdulillah smlm smpt buatkan ank2 donut wpun keras sket sbb kurg uli. Dh lame x buat la katekan. Disbbkan kejadian x cantik, jd aku xde selera nk amek gmbo. Hehehe. Kelmarin lak aku smpt bt brownies utk tekak sniri & family. Yg ni gmbr dia kt atas tu. Bile kejadian shantek baru nk amek gmbr ek. Hahaha.
Klah. Nk balik masak utk ank2 & mumy. Adiossss!
Saturday, March 10, 2012
Tea time!
Org amek gmbr benda yg belum dimakan, aku amek gmbr bekas-bekas atau baki makanan yg aku dh makan. Hehehe... Xde plan pun nk masukkan dlm blog. Tibe2 lak rase nk hapdet.
At this moment, fikiran aku agak berserabut, perasaan bercampur-baur & emosi agak x stabil. Terlalu berat utk aku simpan & sgt mustahil utk aku luahkan kt sini puncanya. Jauh sgt rasa hati ni. Sejak pg benda ni berlegar2 dlm kotak fikiran sampaikan migraine dtg menyerang. Tuhan... Tabahkan hati aku. Berilah kesabaran pada hambamu ini... Aminnn...
Ops lupe. Mesti ade yg tanye ape CCPP tu? Ha ni nk kasi tau. CCPP tu singkatan bg Cocoa Collagen Power Plus. Sejenis minuman jek. Mcm instant coffee tu. Tagline CCPP ni (spt yg tertulis kt kotak dia), "kembalikan keremajaan wanita". So ladies, uols paham2 sniri la kan. Ibu2 dan para isteri sekelian, meh la kite same2 menjaga hak suami masing2 ni dgn baik. Meh try CCPP ni. Kompem korg puas ati ngan hasil dia. Laki korg? Lagi puas ati. Kehkehkeh! (Erk... Ade unsur lucah ke ni? X kan?).
Ok. Adios readers!
Friday, March 9, 2012
My wish...
Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan pada aku... Aminnn...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, March 7, 2012
ternampak sinar di situ....
Mari hapdet gune hset!
Ok meh jamu mate ngan gmbr puding roti letak eskrim ni. (Saje nk test letak gmbr sbnrnye. Kalo x kuar sori ye. ;p).
Thursday, February 23, 2012
comeyyyyyy!!!
ni gmbo sandal smiley tu... comey doppp???
:: unwell ::
masa tgh cari gmbr org demam terjumpe lak artikel pasal demam ni kt blog org ni.. menarik... tersentuh lak ngan salah satu point dia ttg demam... DEMAM ITU PENGHAPUS DOSA... hmmm... terase kerdil pulak. Maybe segala penyakit kecik2 yg dtg ni utk hapus dosa2 kecik aku kan... xpelah.. x jadik merungut.. bersyukur atas apa yg telah diberi oleh Allah SWT... kalo nk bace pasal artikel demam dari penulis ni leh klik kat sini ---> tentang demam
Ekceli, mmg xleh dinafikan yg lately ni mmg aku bz sgt2... byk betul order yang nk disiapkan... syukur Alhamdulillah... Allah x tambah rezeki aku kt cosmo, tp Allah beri rezeki dari sumber lain. Syukur..... Semoga rezeki aku lebih murah lagi selepas ni.... :)
Tuesday, February 21, 2012
Mi siput oh mi siput.....
ok saper2 yg x tau misiput tu hape... meh kite tgk gmbr ye....
ni lah rupe misiput yang belum digoreng....
bile dh goreng rupe dia cani lak.... goreng mcm goreng keropok tau. make sure minyak tu betul2 panas baru masukkan mi siput. kalo x nanti dia x kembang... yg dlm gmbr ni pun x baper nk kembang ni... hehehhe
ok ni gambar bile dh letak sambal... sgt sdp!!! kalo nk mkn ngan sambal kacang pun ok. aku prefer sambal kacang... lagi superb rase dia.. kalo kat muo, org jual ngan sos yg cair sket dari sos biase... sdp gak.
Tu la dia alkisahnye misiput... tp sebenarnye ade lg satu jenis mi siput yg lagi legend lah rase dia... MI SIPUT SIRA... perghhh... kalo mkn xleh nk benti... mcm mkn kerepek ubi tu... yg ni pun aku supply 2 thn lps... this year kalo ade lg permintaan maybe aku nk amek kt kilang kot...
** ade certain gmbr yg aku amek dari blog org lain... time kasih byk2 ye tuan punye gmbr... sori sgt sbb amek gmbr tanpa izin.... ;)













