.....what i've felt, what i've known, never shine through in what i've shown.....

Thursday, November 7, 2013

Pearl...

Just nk announce kemunculan buah hati baru aku - NUR ERINA MAISARAH BINTI JUNAIDI. Mula melihat dunia pada 12 oktober 2013, jam 8.28pm. Seberat 3.4kg, alhamdulillah sgt sng nk dilahirkan. 

Namun begitu, aku diduga lagi. Tumpah darah yg teruk slps tu. Mungkin hampir meragut nyawa kalau pendarahan tu berterusan smpi pg. Berkat ayatul kursi yg x lepas dari mulut aku, darah semakin kurang sedikit demi sedikit. Syukur alhamdulillah aku masih diberi peluang utk terus hidup dgn insan2 tersyg di dunia ni. Dan tragedi ni bt aku lebih menghargai insan2 penting dalam hidup ni...




Terima kasih Allah...

Wednesday, October 2, 2013

Hadiah lagi!

Tq my love! Dpt hadiah lg. Agak musykil. Kenape asyik bg aku hadiah je ni?? Tp xpe.... ai redha u! Terima dgn hati terbuka. Kecik tapak tgn, pdg bola ai tadahkan. Kikiki....

TQ papa. Semoga Allah murahkan lg rezeki papa utk kite sekeluarga. I love u!

Tuesday, October 1, 2013

Dia...

Kdg2 dia mmg nmpk kedekut. Tp kdg2 dia mmg suke membazir. Tp pembaziran dia tu xleh nk dimarah sbb seme pembaziran tu adalah utk aku dan ank2....

Mlm hari tu dia blk. Masuk rumah mcm biasa. Pastu tibe2 dia kuar g kt keta. Pastu panggil aku. Aku kuar. Bile aku kuar dia kate eh jap dia sakit perut nk berak. Suh aku tlg angkat brg dlm keta. Keciknye ati sbb aku dgn terboyot2 ni bgn dr pembaringan gitu, pastu bile aku kuar dia nk masuk lak. Tp xpe. Aku g gak keta nk angkat brg. Bile tgk ada paperbag yg fancy. Ohmai... utk aku ke ni? Opkos la kan. Kalau utk org lain xkn dia berani nk sepah2 camtu. Aku amek, aku bukak.. ya Allah.... sebak... di saat aku x mengharapkan apa2 selain preparation utk bersalin, dia bg aku sesuatu yg aku mmg nak sgt kalau aku ade duit.... aku yg sememangnye sensitif sejak pregnant ni dh berkaca2 dh mata. "Papa kate xde duit" aku ckp kt dia. Dia kate.... "xde duit x bermakna xde peruntukan utk honey. Happy bday syg....". Sob sob sob... sgt tacing. Lakiku mmg sgt romantik. Tq my dear. I was speechless. Cuma mampu mengalirkan air mata dan ucapkan tq.

Apa yg dia bg aku? Tu yg kt gmbr tu. Blackberry Q10 kaler putih. Santek x?? Laki saperrrr la yg baik sgt ni kan. Pasni nk mintak hbag Michael Kors pulak lah. Erk... blh gitu? Kikiki... I'm so happy but at the same time a lil bit sad. Sedih sbb thn ni aku x mampu nk belikan dia hadiah utk bday dia. Kalau x tiap2 thn kompem bg even aku kena import dr obesi hadiah tu. Tapi skang jgn kate yg import, yg ada kt sini pun aku x mampu nk belikan. Sob sob sob....

Semoga Allah murahkan lg rezeki laki aku. Dan murahkan jugak rezeki aku....

Tuesday, September 10, 2013

Kebencian yang ketara....

Makin hari makin terasa yg diri kami dibenci dan dah tak diperlukan lagi di sini. Memang sudah masanya untuk kami pergi. Pergi kali ni bkn utk seketika. Bkn sehari dua, bukan seminggu, tapi sampai bila2. Pergi untuk meneruskan semuanya mengikut rentak kami sendiri. Kalau diikutkan luka di hati, mau saja aku pergi jauh dari sini agar kami semua punya alasan yang kukuh untuk tidak kembali. Penghinaan yg menjadi makanan aku setiap hari dah tak tertelan dek tekak ni. Tak sanggup lagi nak mendengar hinaan, cacian, maki hamun ke atas diri sendiri dan insan2 kesygn aku. Bukan aku tak mengenang jasa, bukan tiada lagi rasa sayang dan hormat... cuma aku tak sanggup lagi menambah dosa yang ada. Cukuplah setakat ni aku dipandang daif dan hina. Aku akan buktikan yang satu hari nanti aku jugak boleh berjaya seperti yang lain2. Tuhan, berkatilah kami dan permudahkanlah urusan kami.....

Wednesday, August 21, 2013

Ape la nasib....

Hmmm ape la nasib. Pg2 budak2 dh kena marah. Pg2 dh mengadap muka yg masam mencuka. Terasa diri mmg dh x diperlukan kt rumah ni. Dh masanya aku sekeluarga pindah dari rumah yg dh serupa neraka ni. Aku bosan. Ikutkan ati nk je aku ikut laki aku pindah segamat dgn ank2. Wajar ke tidak ek tindakan aku kalau aku bt mcm tu? Bkn xnk duk sini. Tp bile hari2 dilayan mcm ni aku rase xde saper yg blh thn. Xde saper yg xkn terasa kalau berada di tmpt aku. Tuhan... permudahkan lah segalanya utk aku.... T_T

Sunday, June 30, 2013

Aku tak tidur....

Kata2 mmg boleh membunuh. Ya... Terutamanya kata2 yg keluar dr mulut insan yg pasti makbul doanya. Aku dengar semuanya tadi. Airmata tumpah lagi walau cuma di dalam hati. Kata2 itu ternyata membunuh semangat aku, menghiris urat dan jantung aku. Makin jelas tempat aku. Hina, x berguna. Tuhan... Beri aku sinar. Beri aku semangat utk terus berusaha agar satu hari nanti aku berada di tempat yang paling atas....

Thursday, June 20, 2013

JEREBU @ MUAR - Muar catat bacaan IPU tahap bahaya

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Lebih 200 sekolah di Muar, Johor diarah tutup buat sementara berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat paras bahaya iaitu 383. 

Pengarah Pendidikan Johor Mohd Nor A Ghani berkata keputusan itu dibuat berikutan paras IPU di daerah itu mencecah tahap bahaya, dan tindakan itu melibatkan 76,940 pelajar. 

Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini melaporkan Muar merupakan kawasan yang paling teruk dilanda jerebu dengan IPU 383 pada 11 pagi meningkat daripada 337 pada 7 pagi tadi. 

Sementara itu, Kota Tinggi mencatat bacaan sangat tidak sihat dengan IPU 232 diikuti Pasir Gudang dan Larkin Lama mencatat status tidak sihat dengan masing-masing mencatat IPU 199 dan 181, menurut laman web www.doe.gov.my. 

Di Melaka, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai mencatat bacaan IPU tidak sihat masing-masing 137 dan 119. Menurut jabatan itu, bandar-bandar lain di negara ini mencatat bacaan IPU sederhana iaitu di bawah 100.

Sumber : BERNAMA [News Mylaunchpad]


Memang teruk! Bangun2 je tido berbau asap. 1st day ari tu aku ingatkan ade benda terbakar. Bile jengah kt luar nmpk mcm berasap. Aku siap ingat surau kt dpn tu yg terbakar. hehehe... 3 hari masih x ilang. Tibe2 semalam keadaan makin teruk. Bangun2 tido je bau asap yg sgt kuat. Pastu kuar je bilik tgk rumah dh mcm kt kayangan lak. Berasap. Bukak pintu kul 6 lebih tu... Ya Allah... tebalnye asap! Mcm ada kebakaran kt kawasan berdekatan. Hari ni... terus sekolah2 kena tutup start tengahari tadi smpi esok atau smpi jerebu x lagi dalam tahap bahaya. Meh tgk satu dua gmbr yg smpt aku snap...

view dari atas jambatan muar

kul 6 lebih (pagi). masa ni jerebu dh sgt2 teruk


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...