Makin hari makin terasa yg diri kami dibenci dan dah tak diperlukan lagi di sini. Memang sudah masanya untuk kami pergi. Pergi kali ni bkn utk seketika. Bkn sehari dua, bukan seminggu, tapi sampai bila2. Pergi untuk meneruskan semuanya mengikut rentak kami sendiri. Kalau diikutkan luka di hati, mau saja aku pergi jauh dari sini agar kami semua punya alasan yang kukuh untuk tidak kembali. Penghinaan yg menjadi makanan aku setiap hari dah tak tertelan dek tekak ni. Tak sanggup lagi nak mendengar hinaan, cacian, maki hamun ke atas diri sendiri dan insan2 kesygn aku. Bukan aku tak mengenang jasa, bukan tiada lagi rasa sayang dan hormat... cuma aku tak sanggup lagi menambah dosa yang ada. Cukuplah setakat ni aku dipandang daif dan hina. Aku akan buktikan yang satu hari nanti aku jugak boleh berjaya seperti yang lain2. Tuhan, berkatilah kami dan permudahkanlah urusan kami.....
Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa, tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara... :)
Tuesday, September 10, 2013
Wednesday, August 21, 2013
Ape la nasib....
Hmmm ape la nasib. Pg2 budak2 dh kena marah. Pg2 dh mengadap muka yg masam mencuka. Terasa diri mmg dh x diperlukan kt rumah ni. Dh masanya aku sekeluarga pindah dari rumah yg dh serupa neraka ni. Aku bosan. Ikutkan ati nk je aku ikut laki aku pindah segamat dgn ank2. Wajar ke tidak ek tindakan aku kalau aku bt mcm tu? Bkn xnk duk sini. Tp bile hari2 dilayan mcm ni aku rase xde saper yg blh thn. Xde saper yg xkn terasa kalau berada di tmpt aku. Tuhan... permudahkan lah segalanya utk aku.... T_T
Sunday, June 30, 2013
Aku tak tidur....
Kata2 mmg boleh membunuh. Ya... Terutamanya kata2 yg keluar dr mulut insan yg pasti makbul doanya. Aku dengar semuanya tadi. Airmata tumpah lagi walau cuma di dalam hati. Kata2 itu ternyata membunuh semangat aku, menghiris urat dan jantung aku. Makin jelas tempat aku. Hina, x berguna. Tuhan... Beri aku sinar. Beri aku semangat utk terus berusaha agar satu hari nanti aku berada di tempat yang paling atas....
Thursday, June 20, 2013
JEREBU @ MUAR - Muar catat bacaan IPU tahap bahaya
Pengarah Pendidikan Johor Mohd Nor A Ghani berkata keputusan itu dibuat berikutan paras IPU di daerah itu mencecah tahap bahaya, dan tindakan itu melibatkan 76,940 pelajar.
Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini melaporkan Muar merupakan kawasan yang paling teruk dilanda jerebu dengan IPU 383 pada 11 pagi meningkat daripada 337 pada 7 pagi tadi.
Sementara itu, Kota Tinggi mencatat bacaan sangat tidak sihat dengan IPU 232 diikuti Pasir Gudang dan Larkin Lama mencatat status tidak sihat dengan masing-masing mencatat IPU 199 dan 181, menurut laman web www.doe.gov.my.
Di Melaka, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai mencatat bacaan IPU tidak sihat masing-masing 137 dan 119. Menurut jabatan itu, bandar-bandar lain di negara ini mencatat bacaan IPU sederhana iaitu di bawah 100.
Sumber : BERNAMA [News Mylaunchpad]
Memang teruk! Bangun2 je tido berbau asap. 1st day ari tu aku ingatkan ade benda terbakar. Bile jengah kt luar nmpk mcm berasap. Aku siap ingat surau kt dpn tu yg terbakar. hehehe... 3 hari masih x ilang. Tibe2 semalam keadaan makin teruk. Bangun2 tido je bau asap yg sgt kuat. Pastu kuar je bilik tgk rumah dh mcm kt kayangan lak. Berasap. Bukak pintu kul 6 lebih tu... Ya Allah... tebalnye asap! Mcm ada kebakaran kt kawasan berdekatan. Hari ni... terus sekolah2 kena tutup start tengahari tadi smpi esok atau smpi jerebu x lagi dalam tahap bahaya. Meh tgk satu dua gmbr yg smpt aku snap...
Wednesday, June 19, 2013
Episod yang takkan berakhir....
Xde mood nk berckp dgn sesiape pun hari ni. Bosan. Terase tmpt aku bkn kt sini lg. Hati ni dh lame pergi jauh. Cuma badan je masih bertahan demi tanggungjawab. Tapi kalau dikirakan tanggungjawab, mmg tmpt aku bkn kt sini sbnrnye. Bersyukur dikurniakan suami yg sgt memahami dan sgt2 membantu wpun terpaksa bersusah lebih dari org lain, dan terpaksa korbankan byk perkara utk family dia sendiri demi kehidupan kami sekeluarga kt sini.
"TUAN BESAR" masih dgn perangai dia. Rehat serehat2nya sdgkan aku umpama pembantu rumah tanpa gaji. And the queen of the house... Mcm biasa jugak... Memberi aku layanan kelas ketiga setiap kali berlaku krisis antara aku dgn tuan besar dlm ini rumah. Terpaksa redha kerana ini adalah tuntutan jika kita hidup menumpang. Wpun dh nyata siapa benar siapa salah, aku tetap akan dianggap "jahat" dalam drama tragis ni. Dan pasti kisah kejahatan aku akan disampaikan ke seluruh pelusuk daerah dalam negara ni...
Tuhan tabahkanlah hati. Semoga hari indah itu cepat datang...
Tuesday, June 18, 2013
Pergilah kau wahai sampah... Jgn cemari hidup aku lagi...
Aku tau dia mmg xkn jujur. Tp aku x sangka dia sanggup songlap duit tu smpi dkt rm50. Aku bg dia peluang wpun dh byk kali dia bt perangai mencuri kt rumah ni, wpun dh byk kali dia menipu aku. Kalau ikutkan hati dh lame ku halau dia dgn penyapu je kalau pkkan ape yg dia dh bt kt aku spjg hidup dia. Tp aku pkkan mumy. Disbbkan mumy, aku bg dia peluang demi peluang. Aku dh bosan bile sentiasa dipersalahkan dlm kes aku dgn dia. Aku dh bosan hal yg x betul ttg aku dijaja sana sini setiap kali aku bergaduh dgn dia. Setiap yg aku bt bersebab selama ni. Aku xkn maki sesuka hati, aku xkn halau ikut sdp mulut. Tuhan je yg tau betapa jahatnye dia. Utk apa aku bersuara kalau yg jahatnye akan tertuju kt aku? Selama ni aku pendam, pendam dan pendam. Tuhan je yg tau bile masanya aku akn bertindak dan apa tindakan yg aku akan bt. Aku dh x sanggup pikul tjwb secara paksa mcm ni. Ya, mumy mmg di bwh tjwb aku. Tp bukan dia. Patut la dady tu dpt sakit jantung. Terlalu stress membela sampah mcm ni. Aku xnk tanggung duit rokok, duit dadah dgn duit enjoy dia. Semoga berbahagia dia cekik dadah dgn duit yg sbnrnye hak aku dan ank2 aku tu... Aku xkn halalkan dan aku xkn maafkan....
Wednesday, June 12, 2013
Anger management
Aku xnak marah2. Tp I can't control myself. Aku x tau nak bt mcmn. Bile marah, aku akan mengamuk. Kdg2 keluar perkataan2 yg x sepatutnye. Kdg2 aku lepaskan kt org yg sepatutnye. Tp kdg2 org lain yg jd mangsa. X pasal2 kena marah ngan aku. Pernah satu tahap aku marah sampai aku baling objek kt org yg aku marah. Dan pnh jugak aku hentak hset aku ke lantai smpi pecah disbbkan marah.
Aku beruntung sbb dikurniakan seorg ayah yg sgt penyabar, dan bile kawen dikurniakan suami yg sgt2 penyabar jugak. Aku kagum dgn sikap sabar yg ada dlm diri dua insan kesygn aku ni. Dan aku sgt2 berharap yg aku boleh jd sesabar mereka... Semoga aku dpt jd seperti mereka....
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

