.....what i've felt, what i've known, never shine through in what i've shown.....

Wednesday, August 23, 2006

Jambatan Pulau Pinang

Dah baper kali aku g penang, kali ni la baru aku berpeluang amek gambar jambatan pulau pinang. Masa ni aku kat atas jambatan tu la... Kul baper tah. Tp pagi2 bute gak la... Masa ni nak g ke USM induk sempena majlis konvokesyen si boi... Hmm... grad gak adik aku akhirnye... Semoga cepat2 dpt keje... hehe....

Kepada niza (bakal adik ipar x jadik aku.. huhu), ni la dia gambar boi... huhu..... (jgn marah aaa....)

Monday, August 14, 2006

Sesi meluahkan perasaan...

Ape perasaan korang bile ada seseorg memandang husband korang in different way... Maksud aku dgn penuh minat ? Essp. bile org yg memandang tu adalah kawan korang sniri ? Aku xboleh terime. Kalau org lain aku xkisah... tapi kalau kawan aku... No way!!! Aku xboleh terime laa... Aku xtau la kalau ade org yg boleh terime situasi cani... Aku benci kawan yg mcm ni. Aku xpnh pun tgk laki kawan2 aku mcm tu walau betapa kiut dia sekalipun... Sebab ape ? Sebab aku hormat kat kawan aku... Tp... aku xtau naper ade kawan aku yg xleh nak hormat aku camtu... Aku xtau la kalau aku je yg perasan camtu... Tp yg pasti, masa aku pandang kat dia, dia tgh memandang laki aku dgn penuh 'selera' sampaikan dia xprasan aku tgh tgk dia. F*** Off laaa!!!! B****** punye orang...

Aku pelik la... pompuan2 camni seme... diorg xtau ke yg seorang ISTERI cam aku ni ade sixth sense ? Kitorg para ISTERI ni leh tau secara automatik kalau ade 'gelombang' yg xsepatutnye datang utk mengganggu gugat keamanan dia tau... Tul x zai ? (bukan zai jek... saper2 la yg dah bergelar ISTERI tu...) huhu... Sekian luahan perasaan aku... Harap Maklum....

Friday, August 11, 2006

Aku yang beruntung....

Beruntungnya seorg wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan.... jadi 'kilang' manusia. tiap2 bulan diberi cuti bergaji penuh... 7 hingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yg Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. org lelaki tak ada cuti dari sembahyang.... sembahyang wajib baginya dari baligh sampailah 'padam'.
Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa takut nak beranak? marilah kita pegang pada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk syurga. untuk org kafir dia tak dapat masuk syurga tapi dapat kelonggaran siksa kubur.
untuk peringatan semua wanita yg bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa2 suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terkejut dengan pahala extra yg banyak diterima di atas segala kebaikan suaminya yg tak disadari. bila dia lihat suaminya terengah-rengah di titian sirath dia tak mahu masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi diakhirat. kalau isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas2 berat didalam dan diluar rumah, segala dosa2 anak dan isteri yg tak dididik dia akan dapat 'sahamnya' ditambah lagi dengan dosa2 lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tak durhaka kepadaNya.

Thursday, August 3, 2006

Wednesday, July 12, 2006

10 Perangkap Syaitan Musnahkan Manusia

Ari ni aku ala-ala insaf gitu.. so, aku nak share ngan seme org something yg sgt2 berguna... Bace la yek...

10 Perangkap Syaitan Musnahkan Manusia

Ada golongan ulama yg menyatakan bahawa syaitan datang daripada 10 pintu :-

Pertama - pintu kesombongan dan keangkuhan
Kedua - melalui sifat bakhil dan kedekut
Ketiga - melalui sifat takbur
Keempat - melalui sifat riak dan suka dipuji
Kelima - melalui sifat hasad dengki
Keenam - melalui sifat suka memandang remeh kepada orang lain
Ketujuh - menerusi sifat ujub atau bangga diri
Kelapan - melalui sifat suka bersenang lenang
Kesembilan - sifat suka berangan-angan
Kesepuluh - melalui sifat suka berburuk sangka

Justeru, berlindunglah selalu daripada bisikan syaitan dengan sentiasa menyebut: "Aku berlindung daripada syaitan yang direjam." Kita juga dianjurkan selalu berdoa dengan menyebut: "Ya Tuhan kami, jangan Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan selepas Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Memberi (kurnia)." - (Al-Imran: 8).

Tuesday, July 11, 2006

Poor Zizou....

Sian zidane... dia akhiri karier dia dgn cara yang sgt menyedihkan... Walaupun aku bukan penyokong France, tp Zidane is one of my fav. player... 1st sbb dia mmg terer (pada pandangan aku la...), 2nd sbb dia main utk kelab Real Madrid, and 3rd sbb dia Islam. Poor him... DAN walaupun Italy is one of my fav. team, aku sgt2 salahkan materrazzi dlm hal ni. Kalau dia x provoke zidane, zidane xkan bertindak camtu... Yg paling menyakitkan ati aku bile ade desas desus (dlm paper la...) mengatakan yg si materazzi ckp Zidane terrorist. Sbb tu la zidane bt camtu. Ade lak kabar angin lain yg kate, si materazzi tu kutuk adik zidane pelacur la... Hish.. aku benci la org cani... Mentang2 zidane Islam, dia leh kat zidane terrorist. Bangang!!! Mmg patut pun dia kena tanduk ngan zidane.

Walau ape pun, TAHNIAH kepada pasukan italy atas kemenangan malam tu... Tp kemenangan dia xdpt bt aku 100% gembira disebabkan kejadian tu... To zizou... perjuangan dia dlm bidang ni tetap akan dihargai sampai bile2 walaupun dicemari dgn kes ni.... Tahniah kepada Zidane sbb memenangi anugerah "2006 Golden Ball"....

Monday, July 10, 2006

Deja vu ?? Ape tu ?

Korang pnh alami x... Korg tgh bt sesuatu perkara ke... tibe2 je korg rase mcm perkara tu pnh berlaku jek sblm ni... Mmg exactly sejibik sejibon cam ape yg baru je berlaku tadi... pernah x ? Haa... tu la name dia Deja vu...
Aku rase Deja vu ni adalah satu subjek yg sgt menarik minat aku utk bt research. Selama ni aku selalu je musykil... cane bende ni leh berlaku ek ? Kalau ikut pada logik akal atau sudut saintifik cane... pastu kalau sudut agama.. ade x penerangan ttg deja vu ni... Ke deja vu ni satu penyakit mental ke.... Atau pun ade problem pada saraf otak ke... Ataupun ade data collision ke kat dlm saraf otak kite smpi kan benda belum berlaku kite rase mcm pernah terjadik pada kite... Ataupun dari sudut yg agak karut, maybe benda tu mmg pernah berlaku dlm kehidupan kite yg terdahulu... Tp dlm Islam ade ke kehidupan tu ? Ke deja vu ni cume mainan psikologi kite ?

Ni ade sket definisi yg aku dpt cari ttg deja vu ni...
The term déjà vu (French: "already seen", also called paramnesia) describes the
experience of feeling that one has witnessed or experienced a new situation
previously. The term was created by a French psychic researcher, Emile Boirac
(1851–1917) in his book L'Avenir des sciences psychiques (The Future of Psychic
Sciences), which expanded upon an essay he wrote while an undergraduate French
concentrator at the University of Chicago. The experience of déjà vu is usually
accompanied by a compelling sense of familiarity, and also a sense of
"eerieness" or "strangeness" or "weirdness". The "previous" experience is most
frequently attributed to a dream, although in some cases there is a firm sense
that the experience "genuinely happened" in the past.The experience of déjà vu
seems to be very common; in formal studies 70% or more of the population report
having experienced it at least once. References to the experience of déjà vu are
also found in literature of the past, indicating it is not a new phenomenon.
However, in laboratory settings, it is extremely difficult to invoke the déjà vu
experience, making it a subject with few empirical studies.

Ataupun kalau korang berminat kat topik pelik cam aku ni korg leh refer kat sini... (and aku rase aku leh dpt sket2 jawapan drpd persoalan aku kat sini...)
Ada byk lagi sebenarnye... tp aku sniri xsmpt nak bace... hehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...