.....what i've felt, what i've known, never shine through in what i've shown.....

Saturday, April 7, 2012

6 Hackers Terbaik Dunia...

Aku mmg sgt2 kagum dgn hackers. Pd aku, hackers adalah sorg yg sgt2 bijak. Wpun dari segi etikanye perbuatan dia tu salah, tp kepintaran dan kehebatan dia wajar diberi satu pujian.

Aku pun x ingat la dari mane aku amek info ni. Tp time godeh2 bb buruk kesygn aku ni, terjumpe lak artikel ni kat bhgn note. Jom bace!

6 hackers terbaik dunia:
1) Jonathan James
James adalah rakyat Amerika, semasa berumur 16 tahun dia dimasukkan ke penjara kerana membocori laman pertahanan Amerika Syarikat dan dia cuma berkata dia melakukan perkara tersebut semata-mata untuk kepuasannya sendiri. NASA menderita akibat kepandaiannya, James mencuri software NASA yang berharga $1.7 juta dollar AS. Sehingga NASA terpaksa untuk mematikan server dan sistemnya. Kerana kelakuannya, dia tidak boleh menyentuh komputer selama 10 tahun.

2) Adrian Lamo
Dia menghack New York Times untuk mendapatkan info peribadi dan beberapa nombor security . Dia akhirnya didenda $65,000 dollar US.

3) Kevin Mitnick
Inilah legenda hidup yang benar-benar mantap dalam dunia hack.
Antara yang dia lakukan :
-Mengkaburi FBI
-Hacking kedalam DEC system (Digital Equipment Corporation)
-Mendapatkan password administrator dalam satu komputer IBM supaya menang perjudian.
-Hacking Motorola, NEC, Nokia, Sun Microsystems dan Fujitsu Siemens systems
Dan masih banyak lagi kelakuan dia yang luar biasa. Seorang white hat hacker pun yang bernama Tsutomu Shimomura pun dihack komputer sistemnya oleh Kevin, dan terjadilah perang hacker. Dia ditangkap oleh FBI dengan bantuan Tsutomu Shimomura yang mengesan jaringan HP yang dibawa Mitnick saat itu. Tapi sekarang dia sudah insaf dan menjadi seorang penulis buku, konsultan security, dan pemudahcara.

4) Kevin Poulsen
Juga dikenal dengan Dark Dante. Dia menghack database FBI. Selain itu dia juga menghack seluruh talian telefon kerana memang kemahiran dia menghack talian telefon. Saat ini dia jadi senior editor diWired News, dan berjaya menangkap 744 penawaran sex melalui profiles Myspace.

5) Robert Tappan Moris
Orang yang pertama kali membuat Worm, yang dinamakan Morris Worm melalui internet dan menyebarkan wormnya yang mengakibatkan lebih kurang 6000 komputer jadi down..!!!

Dia akhirnya dipenjarakan rumah selama 3 tahun dan didenda sebesar $10,500 dollar. Sekarang dia bekerja sebagai professor di sebuah MIT Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory!!

6) Karl Koch
Dia berasal dari Hannover Jerman yang menamakan komputernya FUCKUP (First Universal Cybernetic-Kinetic Ultra-Micro Programmer). Dia melakukan beberapa kajian dalam menghack pada kurun waktu1985-1988. Dia juga seorang penagih kokain.

Dia berjaya membolosi beberapa sistem ketenteraan AS dan menghack sebuah pusat tenaga nuklear AS pada zaman perang dingin dan hasil hacknya dijual ke KGB (Agen Rahsia Soviet Union). Dia ditemui mati pada tahun 1988, menurut info dia membakar tubuhnya sendiri namun ada yang mengesyaki menjadi mangsa konspirasi...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, April 4, 2012

Ha? X putih???

Hehe... Akhirnye aku berminat ngan wedges yg BUKAN BERWARNA PUTIH! Sbnrnye mase beli tu xde wedges/sandal putih yg cantek & berkenan kt ati aku.

Aku kalo shopping menda lain mmg aku x cerewet. Tp kalo shopping kasut ngan handbag mmg aku sgt2 cerewet. Selagi x jumpe yg betul2 berkenan, aku sanggup x membeli & pakai je kasut atau hbag buruk yg ade. Huhuhu... Mahap la ye incik suamiku sbb terpakse bersabar dgn aku bile bab menyoping kasut nih...;p

Tuesday, April 3, 2012

Kasihan seorang perempuan

Aku x pasti ni karya siapa. Dan aku x pasti sama ada ini lagu atau puisi. Tp yang penting isi dia sgt baik utk dishare dgn semua. Terima kasih dan maaf kpd tuan punye karya sbb aku amek & share karya ni tanpa izin. Aku amek ni pun dari wall sorg friend di fesbuk. Same2 bace dan fahami ye...

KASIHAN SEORANG PEREMPUAN

diam-- dia lemah.
lantang-- nampak salah.
mesra-- dia sundal.
pasif-- suami gatal.

kahwin-- "bila beranak?"
tak kahwin-- pasti digelak.
berzuriat-- xcukup sempurna.
tak berisi-- lagi dikata.

berhijab-- tak cukup labuh.
tanpa tutup-- lagilah heboh.
setia-- dimadu sana sini.
curang-- dicanang keji.

terlalu cinta-- dimain2kan.
terlalu berjaga-- dimarah2kan.
sering nangis-- rimas selalu.
mata kering-- dipanggil batu.

orang mendosa-- yang salah perempuan.
bila pahala-- lelaki diagungkan.
buat betul-- pelbagai dipersoal.
buat silap-- sekampung berbual.

aduhai--
betapa kasihan;
betapa kasihan.

*pause*

kadang2 bila aku baca status2 chauvinist di fesbuk, aku rasa macam hendak komen dan maki selalu. aku tidaklah seorang anti lelaki, jauh sekali seorang feminis. aku cuma keadilan dalam pertimbangan.

baca status2 'jantan konon2' ini buat aku hendak muntah. beri nasihat itu ini pada wanita tapi dia sendiri melakukan perkara2 yang menjadikan perbuatan wanita yang dikata itu suatu fenomena.

contoh:
bersinis tentang perempuan bergambar tidak sopan.
SENDIRI ada gambar dalam kelab malam sama perempuan.
bertegas tentang aurat perempuan dan berkeras tentangnya.
SENDIRI cuma bergaul dengan mereka2 berkain atas peha.

apa cerita?

apa yang aku nampakkan,
zaman ini--
untuk menjadi perempuan yang diterima--
seorang perempuan perlu bertanya.

"abang hendak saya jadi apa?"

hakikatnya;
kalau tanya pada singa,
mestilah laparnya pada daging.
kalau tanya pada serama,
mertilah laparnya pada emping.

soalnya wahai perempuan--
"adik hendak jadi apa?"

kalau hendak jadi lauk,
masaklah tubuh sampai semerbak.
kalau hendak jadi ilmu,
lakarlah tubuh bertulisan berselerak.

kita yang pilih kita siapa.

*pause*

wahai perempuan.
semua jenis perempuan telah pernah aku jadi.
semua jenis perempuan--
DEMI diterima lelaki.

apa untungnya?
hati yang mati.
jiwa yang lari.

sudah2lah tu, wahai perempuan.
kasihankan diri kita.
sayangkan diri kita.

simpankan--
setiap kasih setiap cinta setiap rasa setiap manja--
pada seseorang bernama suami.

kerana--
selagi KITA tak terima diri ini;
selamanya kita saham yang rugi.
berhenti.

berhenti puaskan satu dunia.
berhenti--
dan buat APA yang kita SENDIRI rasa kita bahagia.

*pause*

kasihan.
kasihan seorang perempuan.
tapi menguntungkan.

kerana--
dibilang lemah, salah, sundal, gatal.
digelak, dimain, dimarah, ditujal.

kalau cuma dia senyum dan redha sabarkan--
berkecai semua--
berjemput ke syurga.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, March 30, 2012

Selepuk kecepong kena muke direktor ahmad nisfu! ;p

Ekceli post ni aku copy sebijik2 dari FB KL Gangster 2011. Very nice & mendalam. Hopefully dpt menyedarkan sstgh pihak yg suke menyampaikan atau share perkara2 yg x pasti kesahihannye...

Happy reading readers!

------------------------------

muak la dgn kebencian semua orang.
sana sini share itu ini.
fitnah sana sini.

kerajaan ke.
pembangkang ke.
consumer ke.
penjual ke.
muak la.

kenapa senang2 percaya?
apa juga cerita--
asal namanya cerita--
adalah fitnah.

apa salahnya kita berbual cuma tentang perkara2 molek dan baik sahaja?
kita macam ada ketagihan pada terror.
kita suka memomokkan.
gemar menakutkan.

kenapa?

"people should know"
know what????

kadang2 aku tak paham apa yang kuda2 semua ni dok patriotik sangatnya.
tak suka tepung cap mangkuk, share artikel cap mangkuk ada bangkai.
tak suka brand kasut, share pasal kulit dia babi.

benda tak sahih main share2.
lepas tu bila dah ada bukti yang semua tu fitnah--
tak ada pulak minta maaf pada tepung kasut tu semua.
itu hal kau.
ye.

habis.
yang membaca?
elok2 benda tak perasan, jadi was2 pula?

sudah2 lah tu nak...!!
sedih.
perih.

dah banyak kali aku cakap cantik2 tentang menjadi orang yang menolak budaya "ceritalah lagi" di kalangan kita.
hari ini, aku mau bagi tiga cara paling mudah tapi berkesan dalam mematikan fitnah.

kalau ramai2 kita bikin,
KOMFEM dalam masa sebulan, boleh terbantut pertumbuhan budaya ini.

aku ulang.
kita SEMUA kena ramai2 buat.
baru menjadi.

kaedah 1) kewartawanan.

selesai sahaja orang bercerita, balas "jap" sambil tekan butang 'record' di telefon. sambungkan dengan "tak.. aku ni pelupa. kang tak ingat point kau apa". pastikan wajah anda naif dan bersungguh2 seperti mahu mendengar mereka.

nescaya berkuranglah sifat mengadu-domba dalam masyarakat-- kerana manusia cuma berani berbual belakang2 sahaja. bacul dan hanya berkobar bila tidak diketahui orang yang diceritanya. sebab itu selalu modal mereka "eh, kalau aku cerita, kau jangan cerita sama dia ye?"

kaedah 2) pementasan.

ketika orang bercerita, selang lima saat kau jawabkan dengan seluruh mimik muka: "ye keeeee!!!!". selama 10 minit. boleh diganti2 dengan "laaaaaaaaaaaaaaa agak iyeeee" bila2 masa dirasakan sesuai. pastikan jarak respon tadi tepat pada saatnya. tidak kiralah kau terpaksa potong cerita2nya.

nescaya berkuranglah minat orang bercerita sesama mereka kerana merasakan penyebaran fitnah dan gossip itu tidak kool-- malahan sudah menjadi satu modal orang untuk menganjing-- sekaligus menjadikan penceritanya merasa palat pula.

kaedah 3) menurun syaitan.

bila mana orang mula membuka mulutnya untuk menyampaikan apa2, sauk kepalanya sambil pegang ubun2nya dengan kemas, dan jerit dengan lantang: "KELUAR KAU SYAITAN!!! KELUAR DARI BADAN MANUSIA INI!! KELUAR!!".

nota kaki: pukulan tambahan dan sedikit terajang adalah digalakkan. mangsa berkemungkinan bertanya "kenapa" atau "hoi ini aku". teruskan pembantaian sambil menjawab "bukan!! kawan aku bukan macam ni!! kau syaitan!!!"

insyaAllah berjaya, adik2.
selamat mencuba!

------------------------------

Mari la kite same2 praktikkan ye kwn2! Hehehe...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

gigitan cinta di khamis malam...

Huwaaaa!!! Semalam tgh tido tibe2 rase tgn ni sakit yg amat sgt. Bisa sungguh! Terus terbangun & tgk2 kt keliling. Xde ape pun. Tp tgn dh bisa sgt ni. Bile bukak lampu tgk ade tanda mcm dlm gmbr tu. Gigitan ape tu ek? Lipan ke? Aku rase mcm lipan. Tgk2 jam kul 1 pg. Time tu gak aku g klinik. Takut. Aku pk 1 je. Btnye ular ke. Tak pasal jek. Ni pun tgn ni masih bisa lg walau dh kul 8 pg ni.

Thursday, March 22, 2012

Pembahagian tugas...

ni lah yang berlaku pada aku..... :(


Lately ni, boleh dikatekan hampir setiap hari aku menangis sorg2 sbb terlalu penat menguruskan semenye... laki aku mmg membantu... tp dia cume akan buat bile aku mintak tolong aje. Aku jadik sgt2 stress, bosan, tensen, semenye lah. Sampai satu tahap, aku malas nk bt apepun kt umah tu.

Disebabkan aku terlalu tensen dan dh x larat nk uruskan seme nye sendiri, akhirnye start isnin hari tu aku dgn ikut sukati aku tlh membuat satu pembahagian tugas antara aku ngan laki aku. Start isnin ari tu tugas menyiapkan ank2 utk g skolah aku dh serahkan secara rasminye kat suami tercinta. Walaupun tugas tu nampak remeh, tp ianya sgt2 memberi kesan kpd hidup aku. Aku dh x lagi stress mcm dulu sbb semenye x terletak kat bahu aku sorg. TQ incik suami sbb rela membantu tanpa ada bantahan. Sayang kamoooo!!!

Now ni aku rase idup aku lebih teratur. Dan akhirnye aku betul2 rase yg aku mmg x perlukan maid. Syukur la sbb Allah bukak pintu hati laki aku utk membantu menguruskan mane2 yg selame ni aku yg uruskan. Alhamdulillah.... Lebiu papa! TQ kerana memahami....

Saturday, March 17, 2012

Bermalas-malasan...

Ape la yg budak 3 beradik tu tgh bt agaknye...


Tah kenape aku jadik malas yg amat sgt lately ni. Rase mls sgt nk amek order. Mls sgt nk bt kek. Can I just quit? Rase mcm dh mls nk penat2kan badan. Merajuk pun ye. Tp xtau merajuk kan ape. Nk promote pun mls. Biar jek. Kalo ade org order aku bt. Xde, aku rehat.

Sbnrnye... Hati menggelitik nk further study. I wish that my life is as simple as others. Nk bt ape, bt je. Xpyh nk pk ape2 pun. Kalau lah aku byk duit kan. Aku benti je keje utk sambung blaja. Lepas tu baru la aku cari keje yg lbh baik dgn gaji yg lebih bsr. Dan kalau la aku byk duit, aku x heran nk amek bibik2 indon wpun gaji rm700 sekalipun utk bantu aku uruskan mak aku ngan ank2 aku sepjg masa aku study. Aku pun x risau nk tinggalkan diorg waktu aku g kelas. Semoga ade peluang utk aku.

Hari ni pose hari ke -6. Semoga aku berjaya pose smpi hari ke 7 esok. Permudahkan lah ya Allah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...