.....what i've felt, what i've known, never shine through in what i've shown.....

Wednesday, September 24, 2008

Mood raye yang hilang...

Tahun ni rase mcm xnk raye je... Aku x larat. Badan lemah. Asyik muntah2. Kdg2 aku rase mcm dh x larat nk hadapi semua ni lg... Emosi pun jadik lemah... :(

Tahun ni... plan beraye kat Kluang. Kalau ikutkan, aku mmg x larat. Tp aku x berani nk ckp kat laki aku. Takut dia kecik ati & takut dia marah. Tu pun bile aku ckp td dia mcm dh marah... sedeynye... nk raye cani.... :( kenape la dia x phm keadaan aku skang ni.... :(

Monday, September 15, 2008

Sakit...

Pinggang sakit... perut pun sakit... mcm senggugut lak...
Rase cam nk period pun ade...
Naper ek ?
Aku takut la...
X pnh lak awal2 pregnant rase cani...
Aku lasak sgt ke ?
Ke budak2 kat umah tu lasak sgt...
Si kecik tu suke sgt duk atas perut aku...
Ke papa diorg yg lasak... ?
oopppsss... hehe...

Tuhan... semoga semuanye ok.. hopefully baby aku x de pape....

Friday, September 12, 2008

HUARGHHHHHHHHH!!!!!!! NK MARAH!!!!!!!!!!!!

Boring...
Asyik nk muntah jek...
Menyampah dgn diri sendiri...
Kenape la aku ni cani ?
Arghhhhh... tensennye!!!!!!!
Rasa mual ni bt aku rase cam nk marah2 jek.
Biadap tul!!!!

Tuesday, September 9, 2008

Cerita morning sickness...

My God !!! Aku benci morning sickness!!! Ni adalah penyebab utama aku x ready nk pregnant. X sanggup nk lalui benda ni. Siksanya Ya Allah... Semua serba x kena. Makan salah, x makan salah. Sepanjang masa tekak ni mual. Semua bau aku alah. Panas x boleh, sejuk sgt pun x boleh. Penat lagi la x boleh. Rushing pun x boleh. Rase nk menangis jek. Tp menangis pun bukan leh ilang rase ni. Muntah tetap muntah. Ari ni muntah sampai tahap dah x de ape nk kuar dah. Angin jek. Tp tekak tetap mual.

Pregnant kali ni dia punye mengada2 sama mcm mase pregnant Tasya. Baby girl gaknye. X tau lah. Dugaan Tuhan kan. Girl ke boy ke x kisah lah. Yg pasti, mcm mase tasya dulu... aku suke sgt tgk muke laki aku... tp aku benci sgt bau dia. Huh.. ape busuk sgt laki aku skang ni. Benci la aku. Leh jd marah bile duk dkt dia. Bile dia dekat aku jek aku tahan nafas. Hehe... jahat x ? Sori la pa. Papa busuk. Xleh nk bt ape. Terpakse tahan nafas. Aku benci bau laki aku, aku benci bau bilik air kat umh tu, bau sabun, syampoo, minyak rambut, segala2 ape yg wangi lah aku benci. Bau keta dady pun aku mual. Sama ngan bau keta aku. Lum lg bau cosmo. Argghhhh... xde ke benda yg x memualkan dlm dunia ni ?????

Ya Allah.... tolong aku... Kuatkan semangat aku... Ni dh yg ke-3. Naper aku masih nk kalah lg ? Tolong Ya Allah... jadikan aku seorang yang tabah untuk hadapi dugaanMu yang satu ni.... aminnn.....

Friday, August 29, 2008

OH MY GOD....

I'm expecting for the 3rd!!!
At first...
Aku x ready.. emosi tgh x stabil... financial pun masih x kukuh...

Tapi...

Bile tgk reaksi positif dari laki aku (ala... dia dlm proses memujuk.. mmg la...),
aku rase aku dh ready... walaupun sket..
Hmm... berjaya ye teknik memujuk dia tu...
Syabasss papa...
ala... ikutkan je... seronok gak kena pujuk ni... ;p

Saturday, August 23, 2008

Tuhan cuma menguji...

Tuhan x kan memberi kita dugaan yang x mungkin kita x dapat tanggung.... dan setiap dugaan yang diberi, pasti ada hikmah disebaliknya... dan aku dh mula merasai hikmah tu...

Alhamdulillah... berkat kesabaran & doa yg x henti kepada Allah, aku dpt hadapi dugaan hidup ni dengan tenang dan tabah... Semoga semangat yang hilang dapat dipulihkan... dan sinar itu muncul kembali.... aminn...

Thursday, August 21, 2008

Doa untuk suami...

Untuk suami tercinta... Junaidi bin Othman...
semoga Allah beri yang terbaik untuk papa....

أللَّهُمَّ لَكَ الحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ كَمَاأنْتَ أهْلَ لَهُوَكَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ سُلْطَانَكَ وَلِكَرِيمِ وِجْهِكَوَعِزِّ جَلاَلِكَ اِذْ يَسَّرْتَ لِي هَذَا الزَّوْجَ, أللَّهُمَّأجْعَلْهُ قُرَّةَ عَيْنٍ لِى وَعَوْناً عَلَى طَاعَتِكَاللَّهُمَّ اجْعَلْنِي لَهُ سُكْناً وَعَلَيْهِ نَاصِيَةً مُبَاَرَكَةًاللَّهُمَّ حَبِّبْنِي اِلَيْهِ وَحَبِّبْهُ اِلَيَّوارْزُقْنَا الذُّرِّيَّةَ الصَّاِلحَةَ لَّتِى بِصَلاَحِهَا صَلاَحَ دِيْنِنَا وَدُنْيَانَااللَّهًمَّ اجْعَلْ مَا بَيْنِي وَبَيْنَهُ مِثْلَ مَا بَيْنَ عَلِيًا وَفَاطِمَةًاللَّهُمَّ ألِّفْ بَيْنَ قَلْبِي وَقُلُوْبِ أهْلِهِ بِرَحْمَتِكَ يَا ارْحَمَ الرَّاحِمِيْنَاللَّهُمَّ اسْتُرْ عَنْهُ عُيُوْبِي وَاسْتُرْ عَنِّي عُيُوْبَهُوأظْهَرْ لِي مَحَاسِنَهُ وارْضَنِي بِمَا رَزَقْتَنِي وَبَارِكْ لِي فِيْهِِاللَّهُمَّ سَخِّرْ لِي زَوْجِي,اللَّهُمَّ يَسِّرْ أُمُورِي مَعَهُ وَصَرِّفْ عَنِّي شَرَّهُوَأقْنَعْنِي بِهِ وَأقْنَعْهُ بِيأللَّهُمَّ اجْعَلْنِي بِعَيْنِهِ كَبِيْرَهُ وَفِي عَيْنِي صَغِيْرَهُأللَّهُمَّ أفْتَحْ بَيْنِي وَبَيْنَ زَوْجِي وَأَهْلِي وَأنْتَ خَيْرَ الْفَاتِحِيْنَاللَّهُمَّ يَاجَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لاَ رَيْبَ فِيْهِ ,اجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَ زَوْجِي عَلَى خَيْرٍاللَّهُمَّ اجْعَلْنِي لَهُ كَمَا يُحِبُّ وَاجْعَلْهُ لِي كَمَا اُحِبُّ,وَاجْعَلْنَا لَكَ كَمَا تُحِبُّاللَّهُمَّ اجْعَلْ قَلْبَ زَوْجِي مُعَلَّقٌ بِحُبِّكَ ثُمَّ حُبِّ نَبِيِّكَ ثُمَّ حُبِّياللَّهُمَّ يَا وَلِيَّ نِعْمَتِي وَيَامَلاَذِي فِي كُرْبَتِياجْعَلْ نَقْمَتَهُ عَلَىَّ بَرْداًً وَسَلاَماًً كَمَا جَعَلْتَ النَّارَ بَرْداًً وَسَلاَماً عَلَى أِبْرَاهِيْمَأللَّهُمَّ أهْدِيْهِ اِلَى مَاتُحِبُّ وَتَرْضَيأللَّهُمَّ أَيْقَنْتَ قَلْبِي بِكَ بِأَنِّي لاَ أُهْلِكَ وِانْتَ مَعِي
أللَّهُمَّ آمِينأللهُمَّ آمِينأللهُمَّ آمِين

Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu

Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati

Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku
Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia

Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah

Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku
Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya

Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku

Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil

Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka

Ya Allaha yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan

Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi

Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku

Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan

Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha

Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku

Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah

** diambil dari watt's blog...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...