.....what i've felt, what i've known, never shine through in what i've shown.....

Saturday, March 30, 2019

Adilkah anda?

Kadang aku rasa dunia ni tak adil. Terasa mcm dipenjara oleh orang terdekat. Semua orang bebas ke sana ke mari sedangkan aku WAJIB terperuk kat sini pikul tjawab semua orang. Nak ke mana2 perlu tunggu persetujuan dan kelapangan orang lain. Sedangkan orang lain bebas ke sana ke mari tanpa perlu memikirkan apa2 sebab tjawab dah diserahkan bulat2 kepada aku. Sangat kerap berlaku appointment atau plan yg dh dibuat awal perlu dicancel disebabkan orang lain yg lebih PENTING kehidupan dia dari aku tak de masa utk menggalas balik buat sementara waktu tugas dan tanggungjawab masing2. Adil ke? Akulah anak perempuan, akulah anak lelaki, akulah ibu, akulah bapa, dan tak keterlaluan kalau aku katakan yg mungkin aku jugak sesuai dilabel sebagai bibik untuk semua orang. Ye ustaz dan ustazah sekelian, aku dapat pahala. Tapi aku juga perlukan kehidupan normal seperti orang lain. Ye aku jahat sebab menulis kat sini. Tapi baik ke orang lain bile tak berlaku adil dengan aku sejak dulu lagi? Baik ke orang lain yg menipu aku untuk memudahkan masing2 bergerak ke sana ke mari tanpa dianggap salah? Baik ke orang lain yang melayan aku tak seperti yang sepatutnya? Aku manusia yang ada hati dan perasaan. Aku manusia yg tau penat. Aku manusia yang punye keinginan seperti manusia lain. Aku manusia yang bukan sepanjang masa perlu berkorban untuk orang lain. Tolong beri sedikit empati dan simpati untuk manusia seperti aku. 

Mungkin dunia ni adil, tapi sesetengah manusia di dalamnya yang tak adil dan mementingkan diri sendiri....

-mangsa-


~ Angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas. Tetapi, apabila ia mula menghempas, pasti ada yang tidak akan faham lagi makna dibelai ~

Monday, March 3, 2014

Perkara penting yg slalu wanita essp surirumah lupe...


Uols! Hari ni aku saje nk share ttg set penjagaan muka yg aku guna & aku rase mmg bagus. Mane tau kot2 korg nk try ke.  Tp korg jgn la terpengaruh sgt sbb x semestinya serasi ngan kulit aku benda tu serasi ngan kulit korg. 

Ekceli ada 2 jenis yg aku betul2 serasi. Set ANEW dari Avon dan jugak set ARTISTRY dari Amway. 2-2 ni mmg sgt2 ok. Tp since laki aku 'boss' amway dan dia blh amek set ni guna staff point dia, so aku guna la artistry. Satu aku nk ingatkan korg, x kire la ape jenis pun, yg penting korg mesti guna set asas dia yg lengkap. Memula kena cuci muke guna cleanser. Pastu tepekkan toner. Dan last skali jgn sekali2 lupekan moisturiser. Nak awet muda kan? Kalau nk awet muda, 3-3 ni penting. Kalau blh jgn la campur2 produk utk ketiga2 ni. Beli je satu set. Sng. 

Lg satu kdg2 korg nmpk muke org lain mcm flawless je kan. Mcm putih je gitu kan. Tips dia sng je. Lps pakai moisturiser, Korang Sapu lak BBCream kt muke tu. Lepas tu baru sapu compact powder. Mcm aku yg slalu jadik supirwoman ni, lps pakai BBCream aku sapu lak cream foundation yg SPF dia tinggi sket. Bkn ape.. kulit muke aku sng sunburn. Jd kena lindung betul2. Kalau x abes la mengelupas. Lps sapu tu baru la aku pakai compact powder. Jgn skip ye korg. Hari2 kena jg muke tau. Korg tanak nmpk tua dari usia kan? 

Oklah. Nak share tu je. Adios uols! Selamat menjaga kulit muke. 

Tuesday, January 28, 2014

si kecilku sayang...

Diam x diam dah lebih 3 bulan aku lahirkan nur erina maisarah ni. Gelagat pun dah makin mcm2. Syukur alhamdulillah aku masih menyusukan dia secara ekslusif walaupun byk dugaan yg cuba menghalang. Prolonged jaundice sbb breastmilk lah, desakan dari certain org lah. Dgn alasan sng bile aku nk kuar amek ank skolah. Whatever lah. Hari tu masa dpt tawaran utkk ngajar baking 5 jam hampir gak aku mengalah nk bagi dia susu formula. Siap ada kwn nk bg 1 tin susu masa tu. Nasib baik iman kuat (hehehe). Dgn gigihnye aku pam susu. Dpt 3 bks. Cukupla utk bekalan selame 5 jam tu. Alhamdulillah smpi ke hari ni masih bertahan. Semoga niat aku xnk bg dia susu formula dipermudahkan oleh Allah.

Jom layan gambar erina!










Wednesday, January 15, 2014

Welcome 2014

Diam tak diam dah 15 hari kita berada dalam tahun 2014. Punye la bz tahun ni sampaikan tak sedar yg kita dah masuk tahun baru. Azam baru? Lagi lah tak sempat nak fikir masa tu.

Tapi sejak penghujung thn lps lg sebenarnye aku dah pasang 2 niat utk tahun ni.



Yang pertama :
Aku nak cabar diri aku sendiri utk menabung. Aku mmg sorg yg paling pyh nk menyimpan. Sbbnye aku x sanggup nak menghampakan ank2 dan mak aku. Aku sanggup berhabis utk diorg dan disbbkan diorg. So thn ni aku cabar diri aku sendiri utk menyimpan setiap hari. Aku bagi nama cabaran ni "cabaran sehari sepuluh ringgit". Kenape sepuluh ringgit? Sbb aku tamak. Kalau singgit, nanti aku dpt rm365 je ujung thn nanti. Tapi kalau rm10, pd 31 disember 2014 aku akan ada sebanyak rm3650. Wah! Blh bt melabur pastu kan. Ok kenapa sepuluh ringgit? Bkn lima puluh ringgit? Sbb aku bkn kaye sgt. Rm10 je yg aku mampu sehari. Mudah2an aku kuat iman sampai ujung thn nanti.

Yang kedua :
Cabaran "sebulan satu gram". Satu gram ape? Satu gram emas. Ekceli aku dh start pun bln lps. Target aku, aku nk dptkan blk 3 kpg emas 20 gram dgn 2 keping dinar yang aku dah jual masa aku terdesak xde duit sebelum ni. Sedih mengenangkan goldbar2 kesygn aku tu terpaksa diletgo. Xpe. Wpun 1 gram tu kecik, kalau aku sabar insyaallah one day aku akan berjaya kumpul blk goldbar yg bsr2 sket mcm dulu...

Tu je lah azam aku kot. Harap2 berjaya dilaksanakan. Tuhan, kuatkan iman aku agar aku dpt kurgkan berbelanja yg bkn2 dan sentiasa ingat nk menyimpan utk masa dpn.

Sekian.

Thursday, November 7, 2013

Pearl...

Just nk announce kemunculan buah hati baru aku - NUR ERINA MAISARAH BINTI JUNAIDI. Mula melihat dunia pada 12 oktober 2013, jam 8.28pm. Seberat 3.4kg, alhamdulillah sgt sng nk dilahirkan. 

Namun begitu, aku diduga lagi. Tumpah darah yg teruk slps tu. Mungkin hampir meragut nyawa kalau pendarahan tu berterusan smpi pg. Berkat ayatul kursi yg x lepas dari mulut aku, darah semakin kurang sedikit demi sedikit. Syukur alhamdulillah aku masih diberi peluang utk terus hidup dgn insan2 tersyg di dunia ni. Dan tragedi ni bt aku lebih menghargai insan2 penting dalam hidup ni...




Terima kasih Allah...

Wednesday, October 2, 2013

Hadiah lagi!

Tq my love! Dpt hadiah lg. Agak musykil. Kenape asyik bg aku hadiah je ni?? Tp xpe.... ai redha u! Terima dgn hati terbuka. Kecik tapak tgn, pdg bola ai tadahkan. Kikiki....

TQ papa. Semoga Allah murahkan lg rezeki papa utk kite sekeluarga. I love u!

Tuesday, October 1, 2013

Dia...

Kdg2 dia mmg nmpk kedekut. Tp kdg2 dia mmg suke membazir. Tp pembaziran dia tu xleh nk dimarah sbb seme pembaziran tu adalah utk aku dan ank2....

Mlm hari tu dia blk. Masuk rumah mcm biasa. Pastu tibe2 dia kuar g kt keta. Pastu panggil aku. Aku kuar. Bile aku kuar dia kate eh jap dia sakit perut nk berak. Suh aku tlg angkat brg dlm keta. Keciknye ati sbb aku dgn terboyot2 ni bgn dr pembaringan gitu, pastu bile aku kuar dia nk masuk lak. Tp xpe. Aku g gak keta nk angkat brg. Bile tgk ada paperbag yg fancy. Ohmai... utk aku ke ni? Opkos la kan. Kalau utk org lain xkn dia berani nk sepah2 camtu. Aku amek, aku bukak.. ya Allah.... sebak... di saat aku x mengharapkan apa2 selain preparation utk bersalin, dia bg aku sesuatu yg aku mmg nak sgt kalau aku ade duit.... aku yg sememangnye sensitif sejak pregnant ni dh berkaca2 dh mata. "Papa kate xde duit" aku ckp kt dia. Dia kate.... "xde duit x bermakna xde peruntukan utk honey. Happy bday syg....". Sob sob sob... sgt tacing. Lakiku mmg sgt romantik. Tq my dear. I was speechless. Cuma mampu mengalirkan air mata dan ucapkan tq.

Apa yg dia bg aku? Tu yg kt gmbr tu. Blackberry Q10 kaler putih. Santek x?? Laki saperrrr la yg baik sgt ni kan. Pasni nk mintak hbag Michael Kors pulak lah. Erk... blh gitu? Kikiki... I'm so happy but at the same time a lil bit sad. Sedih sbb thn ni aku x mampu nk belikan dia hadiah utk bday dia. Kalau x tiap2 thn kompem bg even aku kena import dr obesi hadiah tu. Tapi skang jgn kate yg import, yg ada kt sini pun aku x mampu nk belikan. Sob sob sob....

Semoga Allah murahkan lg rezeki laki aku. Dan murahkan jugak rezeki aku....

Tuesday, September 10, 2013

Kebencian yang ketara....

Makin hari makin terasa yg diri kami dibenci dan dah tak diperlukan lagi di sini. Memang sudah masanya untuk kami pergi. Pergi kali ni bkn utk seketika. Bkn sehari dua, bukan seminggu, tapi sampai bila2. Pergi untuk meneruskan semuanya mengikut rentak kami sendiri. Kalau diikutkan luka di hati, mau saja aku pergi jauh dari sini agar kami semua punya alasan yang kukuh untuk tidak kembali. Penghinaan yg menjadi makanan aku setiap hari dah tak tertelan dek tekak ni. Tak sanggup lagi nak mendengar hinaan, cacian, maki hamun ke atas diri sendiri dan insan2 kesygn aku. Bukan aku tak mengenang jasa, bukan tiada lagi rasa sayang dan hormat... cuma aku tak sanggup lagi menambah dosa yang ada. Cukuplah setakat ni aku dipandang daif dan hina. Aku akan buktikan yang satu hari nanti aku jugak boleh berjaya seperti yang lain2. Tuhan, berkatilah kami dan permudahkanlah urusan kami.....

Wednesday, August 21, 2013

Ape la nasib....

Hmmm ape la nasib. Pg2 budak2 dh kena marah. Pg2 dh mengadap muka yg masam mencuka. Terasa diri mmg dh x diperlukan kt rumah ni. Dh masanya aku sekeluarga pindah dari rumah yg dh serupa neraka ni. Aku bosan. Ikutkan ati nk je aku ikut laki aku pindah segamat dgn ank2. Wajar ke tidak ek tindakan aku kalau aku bt mcm tu? Bkn xnk duk sini. Tp bile hari2 dilayan mcm ni aku rase xde saper yg blh thn. Xde saper yg xkn terasa kalau berada di tmpt aku. Tuhan... permudahkan lah segalanya utk aku.... T_T

Sunday, June 30, 2013

Aku tak tidur....

Kata2 mmg boleh membunuh. Ya... Terutamanya kata2 yg keluar dr mulut insan yg pasti makbul doanya. Aku dengar semuanya tadi. Airmata tumpah lagi walau cuma di dalam hati. Kata2 itu ternyata membunuh semangat aku, menghiris urat dan jantung aku. Makin jelas tempat aku. Hina, x berguna. Tuhan... Beri aku sinar. Beri aku semangat utk terus berusaha agar satu hari nanti aku berada di tempat yang paling atas....

Thursday, June 20, 2013

JEREBU @ MUAR - Muar catat bacaan IPU tahap bahaya

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Lebih 200 sekolah di Muar, Johor diarah tutup buat sementara berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat paras bahaya iaitu 383. 

Pengarah Pendidikan Johor Mohd Nor A Ghani berkata keputusan itu dibuat berikutan paras IPU di daerah itu mencecah tahap bahaya, dan tindakan itu melibatkan 76,940 pelajar. 

Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini melaporkan Muar merupakan kawasan yang paling teruk dilanda jerebu dengan IPU 383 pada 11 pagi meningkat daripada 337 pada 7 pagi tadi. 

Sementara itu, Kota Tinggi mencatat bacaan sangat tidak sihat dengan IPU 232 diikuti Pasir Gudang dan Larkin Lama mencatat status tidak sihat dengan masing-masing mencatat IPU 199 dan 181, menurut laman web www.doe.gov.my. 

Di Melaka, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai mencatat bacaan IPU tidak sihat masing-masing 137 dan 119. Menurut jabatan itu, bandar-bandar lain di negara ini mencatat bacaan IPU sederhana iaitu di bawah 100.

Sumber : BERNAMA [News Mylaunchpad]


Memang teruk! Bangun2 je tido berbau asap. 1st day ari tu aku ingatkan ade benda terbakar. Bile jengah kt luar nmpk mcm berasap. Aku siap ingat surau kt dpn tu yg terbakar. hehehe... 3 hari masih x ilang. Tibe2 semalam keadaan makin teruk. Bangun2 tido je bau asap yg sgt kuat. Pastu kuar je bilik tgk rumah dh mcm kt kayangan lak. Berasap. Bukak pintu kul 6 lebih tu... Ya Allah... tebalnye asap! Mcm ada kebakaran kt kawasan berdekatan. Hari ni... terus sekolah2 kena tutup start tengahari tadi smpi esok atau smpi jerebu x lagi dalam tahap bahaya. Meh tgk satu dua gmbr yg smpt aku snap...

view dari atas jambatan muar

kul 6 lebih (pagi). masa ni jerebu dh sgt2 teruk


Wednesday, June 19, 2013

Episod yang takkan berakhir....

Xde mood nk berckp dgn sesiape pun hari ni. Bosan. Terase tmpt aku bkn kt sini lg. Hati ni dh lame pergi jauh. Cuma badan je masih bertahan demi tanggungjawab. Tapi kalau dikirakan tanggungjawab, mmg tmpt aku bkn kt sini sbnrnye. Bersyukur dikurniakan suami yg sgt memahami dan sgt2 membantu wpun terpaksa bersusah lebih dari org lain, dan terpaksa korbankan byk perkara utk family dia sendiri demi kehidupan kami sekeluarga kt sini.

"TUAN BESAR" masih dgn perangai dia. Rehat serehat2nya sdgkan aku umpama pembantu rumah tanpa gaji. And the queen of the house... Mcm biasa jugak... Memberi aku layanan kelas ketiga setiap kali berlaku krisis antara aku dgn tuan besar dlm ini rumah. Terpaksa redha kerana ini adalah tuntutan jika kita hidup menumpang. Wpun dh nyata siapa benar siapa salah, aku tetap akan dianggap "jahat" dalam drama tragis ni. Dan pasti kisah kejahatan aku akan disampaikan ke seluruh pelusuk daerah dalam negara ni...

Tuhan tabahkanlah hati. Semoga hari indah itu cepat datang...

Tuesday, June 18, 2013

Pergilah kau wahai sampah... Jgn cemari hidup aku lagi...

Aku tau dia mmg xkn jujur. Tp aku x sangka dia sanggup songlap duit tu smpi dkt rm50. Aku bg dia peluang wpun dh byk kali dia bt perangai mencuri kt rumah ni, wpun dh byk kali dia menipu aku. Kalau ikutkan hati dh lame ku halau dia dgn penyapu je kalau pkkan ape yg dia dh bt kt aku spjg hidup dia. Tp aku pkkan mumy. Disbbkan mumy, aku bg dia peluang demi peluang. Aku dh bosan bile sentiasa dipersalahkan dlm kes aku dgn dia. Aku dh bosan hal yg x betul ttg aku dijaja sana sini setiap kali aku bergaduh dgn dia. Setiap yg aku bt bersebab selama ni. Aku xkn maki sesuka hati, aku xkn halau ikut sdp mulut. Tuhan je yg tau betapa jahatnye dia. Utk apa aku bersuara kalau yg jahatnye akan tertuju kt aku? Selama ni aku pendam, pendam dan pendam. Tuhan je yg tau bile masanya aku akn bertindak dan apa tindakan yg aku akan bt. Aku dh x sanggup pikul tjwb secara paksa mcm ni. Ya, mumy mmg di bwh tjwb aku. Tp bukan dia. Patut la dady tu dpt sakit jantung. Terlalu stress membela sampah mcm ni. Aku xnk tanggung duit rokok, duit dadah dgn duit enjoy dia. Semoga berbahagia dia cekik dadah dgn duit yg sbnrnye hak aku dan ank2 aku tu... Aku xkn halalkan dan aku xkn maafkan....

Wednesday, June 12, 2013

Anger management

Aku perlukan terapi. Terapi yg dpt menjadikan aku seorg yang penyabar dan dapat mengawal kemarahan aku. Panas baran aku mmg sgt2 teruk sekarang ni. Lagi2 sejak pregnant. Sakit! Sesungguhnye marah itu sesuatu yang menyakitkan. Tengkuk jd tegang, kepala rasa nak pecah, satu badan rase nk meletop.

Aku xnak marah2. Tp I can't control myself. Aku x tau nak bt mcmn. Bile marah, aku akan mengamuk. Kdg2 keluar perkataan2 yg x sepatutnye. Kdg2 aku lepaskan kt org yg sepatutnye. Tp kdg2 org lain yg jd mangsa. X pasal2 kena marah ngan aku. Pernah satu tahap aku marah sampai aku baling objek kt org yg aku marah. Dan pnh jugak aku hentak hset aku ke lantai smpi pecah disbbkan marah.

Aku beruntung sbb dikurniakan seorg ayah yg sgt penyabar, dan bile kawen dikurniakan suami yg sgt2 penyabar jugak. Aku kagum dgn sikap sabar yg ada dlm diri dua insan kesygn aku ni. Dan aku sgt2 berharap yg aku boleh jd sesabar mereka... Semoga aku dpt jd seperti mereka....


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Siri main macak-macak...

Ok mood memasak makin menjadi2. Sejak isnin tah kenape tetibe je aku jadik rajin memasak. Mengemas pun rajin. Tp tang dapur je la. Berkilat dapur aku kemas. Hua hua hua...

Mari citer pasal masak. Isnin ari tu aku msk asam pedas ikan pari, sayur sawi putih ngan cencalok goreng letak bawang, cili api ngan lemon juice. Pastu smlm lak aku msk sotong msk lemak belimbing, sambal telur, sayur campur ngan ikan kembung grg. Mlm lak siap bt nasi grg sayur sbb sayur siang tu byk lbh. Hehehe... Ari ni.... Tenggiri msk terutub, bayam tumis air ngan ikan grg. Ok... Esok nk msk ape lak ek? Harus la tgk buku 1 hari 1 resepi pasni utk cari idea nk msk ape esok. Tekak mcm teringin nk mkn kupang masak berlada tp xreti nk bersihkan kupang. Mcmn ek?

Dh lah. Nk bg ank2 mkn pastu bg baby dlm perut lak mkn (konon). Hehehe...

Adios readers!

Tuesday, June 11, 2013

Kuih raya oh kuih raya

Wohooo.... Ramai yg dh start bt sample kuih raya. Alaaa.... Kena bt sample ke? Korg tayah try2 boleh x? Tgk gmbr pastu beli je. Gerenti sedap punye. Sbb kan aku dh ckp taste aku bab mknn ni mmg tinggi. Xsdp, aku x beli. Same gak kalo jual. X sdp kt tekak aku, aku x jual. Errr... Maksudnye aku jual kuih ikut selera aku je la kan. Kikikiki.... Maybe thn ni aku nk tmbh produk sket kot. Kalo rajin la. Dgn bdn yg mcm ni xtau la larat ke x. Huhuhu....

Saturday, June 8, 2013

Hidupku dikelilingi provokator

Hidupku dikelilingi provokator
Mereka hidup penuh kepura-puraan
Tersurat manis umpama madu
Tersirat pahit bak hempedu
Hidup penuh lakonan yang tak pasti apakah tujuan
Provokasi satu kemestian
Mungkin hidup mereka indah melihat insan lain bercakaran
Mungkin juga kepuasan terserlah apabila longgarnya satu ikatan

Tuhanku,
Jika niat itu terpesong
Kau kembalikan lah ia mengikut lorong
Jika hatinya semakin hitam
Jangan Kau jadikan hatiku legam
Semoga yang benar jelas di permukaan
Agar ketahuan apakah kaca atau pun intan...

- NH -

Friday, June 7, 2013

Ha? Laki aku masak?

9 thn kawen, tahape mimpi smlm laki aku boleh masak utk aku. Bahagianye idop! Wpun cuma msk burger dan x same rase mcm beli kt tepi jln, tp aku tetap berbesar hati sbb dia mskkan utk aku. Meh layan gmbr burger legend yg laki aku bt...

Tuesday, June 4, 2013

Sabar ye baby...

Baby dh masuk 21 minggu. Bile suggest kt encik suami bln dpn dh blh start beli brg baby, dia kate tunggu lps raya. So sad... Bkn suh beli semua pun. Cuma start beli sikit2 je. Baper ringgit la sgt. Ape la sgt kalau bg aku rm50 - rm100 ke utk beli sehelai dua baju baby ke. Ni dh le xnk, kasar pulak cara menjwb. Terasa mcm peminta sedekah pulak. Ni la nasib org x bekerja. Nk harap duit suami mcm ni la. Pregnant kali ni terasa sgt2 kecik ati. Mengidam itu ini satu pun x dpt. Benda lain blh beli. Baper sgt la harga sepinggan laksa johor. Sian baby dlm perut ni. Belum keluar lg dh dianaktirikan. Sedihnye... Terasa mcm nk lari jauh2... :'(

Tuhan,
Lebihkan lah rezeki aku pasni supaya aku x menyusahkan saper2 pun even laki aku sendiri...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kesabaran yg hilang....

Mungkin org lain blh sabar sbb cuma mendgr keluhan kitorg. Tp utk org yg mengadap tiap2 hari benda ni, kesabaran tu bkn dh tipis. Tp dah hilang terus. Tak sakit tp terbaring tido smpi nk masuk 4 hari. Bgn cuma utk mkn dan tgk tv. Tak tlg satu apa pun. Pinggan sendiri pun xnk basuh. Polisterin utk mkn sendiri pun xnk buang. Bt ikut suka. Perlu ke ckp elok2 lg? Bile kena maki pandai lak nk tunjal2 jari kt aku. Pegimati!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...