.....what i've felt, what i've known, never shine through in what i've shown.....

Tuesday, January 28, 2014

si kecilku sayang...

Diam x diam dah lebih 3 bulan aku lahirkan nur erina maisarah ni. Gelagat pun dah makin mcm2. Syukur alhamdulillah aku masih menyusukan dia secara ekslusif walaupun byk dugaan yg cuba menghalang. Prolonged jaundice sbb breastmilk lah, desakan dari certain org lah. Dgn alasan sng bile aku nk kuar amek ank skolah. Whatever lah. Hari tu masa dpt tawaran utkk ngajar baking 5 jam hampir gak aku mengalah nk bagi dia susu formula. Siap ada kwn nk bg 1 tin susu masa tu. Nasib baik iman kuat (hehehe). Dgn gigihnye aku pam susu. Dpt 3 bks. Cukupla utk bekalan selame 5 jam tu. Alhamdulillah smpi ke hari ni masih bertahan. Semoga niat aku xnk bg dia susu formula dipermudahkan oleh Allah.

Jom layan gambar erina!










Wednesday, January 15, 2014

Welcome 2014

Diam tak diam dah 15 hari kita berada dalam tahun 2014. Punye la bz tahun ni sampaikan tak sedar yg kita dah masuk tahun baru. Azam baru? Lagi lah tak sempat nak fikir masa tu.

Tapi sejak penghujung thn lps lg sebenarnye aku dah pasang 2 niat utk tahun ni.



Yang pertama :
Aku nak cabar diri aku sendiri utk menabung. Aku mmg sorg yg paling pyh nk menyimpan. Sbbnye aku x sanggup nak menghampakan ank2 dan mak aku. Aku sanggup berhabis utk diorg dan disbbkan diorg. So thn ni aku cabar diri aku sendiri utk menyimpan setiap hari. Aku bagi nama cabaran ni "cabaran sehari sepuluh ringgit". Kenape sepuluh ringgit? Sbb aku tamak. Kalau singgit, nanti aku dpt rm365 je ujung thn nanti. Tapi kalau rm10, pd 31 disember 2014 aku akan ada sebanyak rm3650. Wah! Blh bt melabur pastu kan. Ok kenapa sepuluh ringgit? Bkn lima puluh ringgit? Sbb aku bkn kaye sgt. Rm10 je yg aku mampu sehari. Mudah2an aku kuat iman sampai ujung thn nanti.

Yang kedua :
Cabaran "sebulan satu gram". Satu gram ape? Satu gram emas. Ekceli aku dh start pun bln lps. Target aku, aku nk dptkan blk 3 kpg emas 20 gram dgn 2 keping dinar yang aku dah jual masa aku terdesak xde duit sebelum ni. Sedih mengenangkan goldbar2 kesygn aku tu terpaksa diletgo. Xpe. Wpun 1 gram tu kecik, kalau aku sabar insyaallah one day aku akan berjaya kumpul blk goldbar yg bsr2 sket mcm dulu...

Tu je lah azam aku kot. Harap2 berjaya dilaksanakan. Tuhan, kuatkan iman aku agar aku dpt kurgkan berbelanja yg bkn2 dan sentiasa ingat nk menyimpan utk masa dpn.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...