.....what i've felt, what i've known, never shine through in what i've shown.....

Thursday, June 20, 2013

JEREBU @ MUAR - Muar catat bacaan IPU tahap bahaya

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Lebih 200 sekolah di Muar, Johor diarah tutup buat sementara berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat paras bahaya iaitu 383. 

Pengarah Pendidikan Johor Mohd Nor A Ghani berkata keputusan itu dibuat berikutan paras IPU di daerah itu mencecah tahap bahaya, dan tindakan itu melibatkan 76,940 pelajar. 

Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini melaporkan Muar merupakan kawasan yang paling teruk dilanda jerebu dengan IPU 383 pada 11 pagi meningkat daripada 337 pada 7 pagi tadi. 

Sementara itu, Kota Tinggi mencatat bacaan sangat tidak sihat dengan IPU 232 diikuti Pasir Gudang dan Larkin Lama mencatat status tidak sihat dengan masing-masing mencatat IPU 199 dan 181, menurut laman web www.doe.gov.my. 

Di Melaka, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai mencatat bacaan IPU tidak sihat masing-masing 137 dan 119. Menurut jabatan itu, bandar-bandar lain di negara ini mencatat bacaan IPU sederhana iaitu di bawah 100.

Sumber : BERNAMA [News Mylaunchpad]


Memang teruk! Bangun2 je tido berbau asap. 1st day ari tu aku ingatkan ade benda terbakar. Bile jengah kt luar nmpk mcm berasap. Aku siap ingat surau kt dpn tu yg terbakar. hehehe... 3 hari masih x ilang. Tibe2 semalam keadaan makin teruk. Bangun2 tido je bau asap yg sgt kuat. Pastu kuar je bilik tgk rumah dh mcm kt kayangan lak. Berasap. Bukak pintu kul 6 lebih tu... Ya Allah... tebalnye asap! Mcm ada kebakaran kt kawasan berdekatan. Hari ni... terus sekolah2 kena tutup start tengahari tadi smpi esok atau smpi jerebu x lagi dalam tahap bahaya. Meh tgk satu dua gmbr yg smpt aku snap...

view dari atas jambatan muar

kul 6 lebih (pagi). masa ni jerebu dh sgt2 teruk


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...