.....what i've felt, what i've known, never shine through in what i've shown.....

Thursday, November 7, 2013

Pearl...

Just nk announce kemunculan buah hati baru aku - NUR ERINA MAISARAH BINTI JUNAIDI. Mula melihat dunia pada 12 oktober 2013, jam 8.28pm. Seberat 3.4kg, alhamdulillah sgt sng nk dilahirkan. 

Namun begitu, aku diduga lagi. Tumpah darah yg teruk slps tu. Mungkin hampir meragut nyawa kalau pendarahan tu berterusan smpi pg. Berkat ayatul kursi yg x lepas dari mulut aku, darah semakin kurang sedikit demi sedikit. Syukur alhamdulillah aku masih diberi peluang utk terus hidup dgn insan2 tersyg di dunia ni. Dan tragedi ni bt aku lebih menghargai insan2 penting dalam hidup ni...




Terima kasih Allah...

Wednesday, October 2, 2013

Hadiah lagi!

Tq my love! Dpt hadiah lg. Agak musykil. Kenape asyik bg aku hadiah je ni?? Tp xpe.... ai redha u! Terima dgn hati terbuka. Kecik tapak tgn, pdg bola ai tadahkan. Kikiki....

TQ papa. Semoga Allah murahkan lg rezeki papa utk kite sekeluarga. I love u!

Tuesday, October 1, 2013

Dia...

Kdg2 dia mmg nmpk kedekut. Tp kdg2 dia mmg suke membazir. Tp pembaziran dia tu xleh nk dimarah sbb seme pembaziran tu adalah utk aku dan ank2....

Mlm hari tu dia blk. Masuk rumah mcm biasa. Pastu tibe2 dia kuar g kt keta. Pastu panggil aku. Aku kuar. Bile aku kuar dia kate eh jap dia sakit perut nk berak. Suh aku tlg angkat brg dlm keta. Keciknye ati sbb aku dgn terboyot2 ni bgn dr pembaringan gitu, pastu bile aku kuar dia nk masuk lak. Tp xpe. Aku g gak keta nk angkat brg. Bile tgk ada paperbag yg fancy. Ohmai... utk aku ke ni? Opkos la kan. Kalau utk org lain xkn dia berani nk sepah2 camtu. Aku amek, aku bukak.. ya Allah.... sebak... di saat aku x mengharapkan apa2 selain preparation utk bersalin, dia bg aku sesuatu yg aku mmg nak sgt kalau aku ade duit.... aku yg sememangnye sensitif sejak pregnant ni dh berkaca2 dh mata. "Papa kate xde duit" aku ckp kt dia. Dia kate.... "xde duit x bermakna xde peruntukan utk honey. Happy bday syg....". Sob sob sob... sgt tacing. Lakiku mmg sgt romantik. Tq my dear. I was speechless. Cuma mampu mengalirkan air mata dan ucapkan tq.

Apa yg dia bg aku? Tu yg kt gmbr tu. Blackberry Q10 kaler putih. Santek x?? Laki saperrrr la yg baik sgt ni kan. Pasni nk mintak hbag Michael Kors pulak lah. Erk... blh gitu? Kikiki... I'm so happy but at the same time a lil bit sad. Sedih sbb thn ni aku x mampu nk belikan dia hadiah utk bday dia. Kalau x tiap2 thn kompem bg even aku kena import dr obesi hadiah tu. Tapi skang jgn kate yg import, yg ada kt sini pun aku x mampu nk belikan. Sob sob sob....

Semoga Allah murahkan lg rezeki laki aku. Dan murahkan jugak rezeki aku....

Tuesday, September 10, 2013

Kebencian yang ketara....

Makin hari makin terasa yg diri kami dibenci dan dah tak diperlukan lagi di sini. Memang sudah masanya untuk kami pergi. Pergi kali ni bkn utk seketika. Bkn sehari dua, bukan seminggu, tapi sampai bila2. Pergi untuk meneruskan semuanya mengikut rentak kami sendiri. Kalau diikutkan luka di hati, mau saja aku pergi jauh dari sini agar kami semua punya alasan yang kukuh untuk tidak kembali. Penghinaan yg menjadi makanan aku setiap hari dah tak tertelan dek tekak ni. Tak sanggup lagi nak mendengar hinaan, cacian, maki hamun ke atas diri sendiri dan insan2 kesygn aku. Bukan aku tak mengenang jasa, bukan tiada lagi rasa sayang dan hormat... cuma aku tak sanggup lagi menambah dosa yang ada. Cukuplah setakat ni aku dipandang daif dan hina. Aku akan buktikan yang satu hari nanti aku jugak boleh berjaya seperti yang lain2. Tuhan, berkatilah kami dan permudahkanlah urusan kami.....

Wednesday, August 21, 2013

Ape la nasib....

Hmmm ape la nasib. Pg2 budak2 dh kena marah. Pg2 dh mengadap muka yg masam mencuka. Terasa diri mmg dh x diperlukan kt rumah ni. Dh masanya aku sekeluarga pindah dari rumah yg dh serupa neraka ni. Aku bosan. Ikutkan ati nk je aku ikut laki aku pindah segamat dgn ank2. Wajar ke tidak ek tindakan aku kalau aku bt mcm tu? Bkn xnk duk sini. Tp bile hari2 dilayan mcm ni aku rase xde saper yg blh thn. Xde saper yg xkn terasa kalau berada di tmpt aku. Tuhan... permudahkan lah segalanya utk aku.... T_T

Sunday, June 30, 2013

Aku tak tidur....

Kata2 mmg boleh membunuh. Ya... Terutamanya kata2 yg keluar dr mulut insan yg pasti makbul doanya. Aku dengar semuanya tadi. Airmata tumpah lagi walau cuma di dalam hati. Kata2 itu ternyata membunuh semangat aku, menghiris urat dan jantung aku. Makin jelas tempat aku. Hina, x berguna. Tuhan... Beri aku sinar. Beri aku semangat utk terus berusaha agar satu hari nanti aku berada di tempat yang paling atas....

Thursday, June 20, 2013

JEREBU @ MUAR - Muar catat bacaan IPU tahap bahaya

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Lebih 200 sekolah di Muar, Johor diarah tutup buat sementara berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat paras bahaya iaitu 383. 

Pengarah Pendidikan Johor Mohd Nor A Ghani berkata keputusan itu dibuat berikutan paras IPU di daerah itu mencecah tahap bahaya, dan tindakan itu melibatkan 76,940 pelajar. 

Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini melaporkan Muar merupakan kawasan yang paling teruk dilanda jerebu dengan IPU 383 pada 11 pagi meningkat daripada 337 pada 7 pagi tadi. 

Sementara itu, Kota Tinggi mencatat bacaan sangat tidak sihat dengan IPU 232 diikuti Pasir Gudang dan Larkin Lama mencatat status tidak sihat dengan masing-masing mencatat IPU 199 dan 181, menurut laman web www.doe.gov.my. 

Di Melaka, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai mencatat bacaan IPU tidak sihat masing-masing 137 dan 119. Menurut jabatan itu, bandar-bandar lain di negara ini mencatat bacaan IPU sederhana iaitu di bawah 100.

Sumber : BERNAMA [News Mylaunchpad]


Memang teruk! Bangun2 je tido berbau asap. 1st day ari tu aku ingatkan ade benda terbakar. Bile jengah kt luar nmpk mcm berasap. Aku siap ingat surau kt dpn tu yg terbakar. hehehe... 3 hari masih x ilang. Tibe2 semalam keadaan makin teruk. Bangun2 tido je bau asap yg sgt kuat. Pastu kuar je bilik tgk rumah dh mcm kt kayangan lak. Berasap. Bukak pintu kul 6 lebih tu... Ya Allah... tebalnye asap! Mcm ada kebakaran kt kawasan berdekatan. Hari ni... terus sekolah2 kena tutup start tengahari tadi smpi esok atau smpi jerebu x lagi dalam tahap bahaya. Meh tgk satu dua gmbr yg smpt aku snap...

view dari atas jambatan muar

kul 6 lebih (pagi). masa ni jerebu dh sgt2 teruk


Wednesday, June 19, 2013

Episod yang takkan berakhir....

Xde mood nk berckp dgn sesiape pun hari ni. Bosan. Terase tmpt aku bkn kt sini lg. Hati ni dh lame pergi jauh. Cuma badan je masih bertahan demi tanggungjawab. Tapi kalau dikirakan tanggungjawab, mmg tmpt aku bkn kt sini sbnrnye. Bersyukur dikurniakan suami yg sgt memahami dan sgt2 membantu wpun terpaksa bersusah lebih dari org lain, dan terpaksa korbankan byk perkara utk family dia sendiri demi kehidupan kami sekeluarga kt sini.

"TUAN BESAR" masih dgn perangai dia. Rehat serehat2nya sdgkan aku umpama pembantu rumah tanpa gaji. And the queen of the house... Mcm biasa jugak... Memberi aku layanan kelas ketiga setiap kali berlaku krisis antara aku dgn tuan besar dlm ini rumah. Terpaksa redha kerana ini adalah tuntutan jika kita hidup menumpang. Wpun dh nyata siapa benar siapa salah, aku tetap akan dianggap "jahat" dalam drama tragis ni. Dan pasti kisah kejahatan aku akan disampaikan ke seluruh pelusuk daerah dalam negara ni...

Tuhan tabahkanlah hati. Semoga hari indah itu cepat datang...

Tuesday, June 18, 2013

Pergilah kau wahai sampah... Jgn cemari hidup aku lagi...

Aku tau dia mmg xkn jujur. Tp aku x sangka dia sanggup songlap duit tu smpi dkt rm50. Aku bg dia peluang wpun dh byk kali dia bt perangai mencuri kt rumah ni, wpun dh byk kali dia menipu aku. Kalau ikutkan hati dh lame ku halau dia dgn penyapu je kalau pkkan ape yg dia dh bt kt aku spjg hidup dia. Tp aku pkkan mumy. Disbbkan mumy, aku bg dia peluang demi peluang. Aku dh bosan bile sentiasa dipersalahkan dlm kes aku dgn dia. Aku dh bosan hal yg x betul ttg aku dijaja sana sini setiap kali aku bergaduh dgn dia. Setiap yg aku bt bersebab selama ni. Aku xkn maki sesuka hati, aku xkn halau ikut sdp mulut. Tuhan je yg tau betapa jahatnye dia. Utk apa aku bersuara kalau yg jahatnye akan tertuju kt aku? Selama ni aku pendam, pendam dan pendam. Tuhan je yg tau bile masanya aku akn bertindak dan apa tindakan yg aku akan bt. Aku dh x sanggup pikul tjwb secara paksa mcm ni. Ya, mumy mmg di bwh tjwb aku. Tp bukan dia. Patut la dady tu dpt sakit jantung. Terlalu stress membela sampah mcm ni. Aku xnk tanggung duit rokok, duit dadah dgn duit enjoy dia. Semoga berbahagia dia cekik dadah dgn duit yg sbnrnye hak aku dan ank2 aku tu... Aku xkn halalkan dan aku xkn maafkan....

Wednesday, June 12, 2013

Anger management

Aku perlukan terapi. Terapi yg dpt menjadikan aku seorg yang penyabar dan dapat mengawal kemarahan aku. Panas baran aku mmg sgt2 teruk sekarang ni. Lagi2 sejak pregnant. Sakit! Sesungguhnye marah itu sesuatu yang menyakitkan. Tengkuk jd tegang, kepala rasa nak pecah, satu badan rase nk meletop.

Aku xnak marah2. Tp I can't control myself. Aku x tau nak bt mcmn. Bile marah, aku akan mengamuk. Kdg2 keluar perkataan2 yg x sepatutnye. Kdg2 aku lepaskan kt org yg sepatutnye. Tp kdg2 org lain yg jd mangsa. X pasal2 kena marah ngan aku. Pernah satu tahap aku marah sampai aku baling objek kt org yg aku marah. Dan pnh jugak aku hentak hset aku ke lantai smpi pecah disbbkan marah.

Aku beruntung sbb dikurniakan seorg ayah yg sgt penyabar, dan bile kawen dikurniakan suami yg sgt2 penyabar jugak. Aku kagum dgn sikap sabar yg ada dlm diri dua insan kesygn aku ni. Dan aku sgt2 berharap yg aku boleh jd sesabar mereka... Semoga aku dpt jd seperti mereka....


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Siri main macak-macak...

Ok mood memasak makin menjadi2. Sejak isnin tah kenape tetibe je aku jadik rajin memasak. Mengemas pun rajin. Tp tang dapur je la. Berkilat dapur aku kemas. Hua hua hua...

Mari citer pasal masak. Isnin ari tu aku msk asam pedas ikan pari, sayur sawi putih ngan cencalok goreng letak bawang, cili api ngan lemon juice. Pastu smlm lak aku msk sotong msk lemak belimbing, sambal telur, sayur campur ngan ikan kembung grg. Mlm lak siap bt nasi grg sayur sbb sayur siang tu byk lbh. Hehehe... Ari ni.... Tenggiri msk terutub, bayam tumis air ngan ikan grg. Ok... Esok nk msk ape lak ek? Harus la tgk buku 1 hari 1 resepi pasni utk cari idea nk msk ape esok. Tekak mcm teringin nk mkn kupang masak berlada tp xreti nk bersihkan kupang. Mcmn ek?

Dh lah. Nk bg ank2 mkn pastu bg baby dlm perut lak mkn (konon). Hehehe...

Adios readers!

Tuesday, June 11, 2013

Kuih raya oh kuih raya

Wohooo.... Ramai yg dh start bt sample kuih raya. Alaaa.... Kena bt sample ke? Korg tayah try2 boleh x? Tgk gmbr pastu beli je. Gerenti sedap punye. Sbb kan aku dh ckp taste aku bab mknn ni mmg tinggi. Xsdp, aku x beli. Same gak kalo jual. X sdp kt tekak aku, aku x jual. Errr... Maksudnye aku jual kuih ikut selera aku je la kan. Kikikiki.... Maybe thn ni aku nk tmbh produk sket kot. Kalo rajin la. Dgn bdn yg mcm ni xtau la larat ke x. Huhuhu....

Saturday, June 8, 2013

Hidupku dikelilingi provokator

Hidupku dikelilingi provokator
Mereka hidup penuh kepura-puraan
Tersurat manis umpama madu
Tersirat pahit bak hempedu
Hidup penuh lakonan yang tak pasti apakah tujuan
Provokasi satu kemestian
Mungkin hidup mereka indah melihat insan lain bercakaran
Mungkin juga kepuasan terserlah apabila longgarnya satu ikatan

Tuhanku,
Jika niat itu terpesong
Kau kembalikan lah ia mengikut lorong
Jika hatinya semakin hitam
Jangan Kau jadikan hatiku legam
Semoga yang benar jelas di permukaan
Agar ketahuan apakah kaca atau pun intan...

- NH -

Friday, June 7, 2013

Ha? Laki aku masak?

9 thn kawen, tahape mimpi smlm laki aku boleh masak utk aku. Bahagianye idop! Wpun cuma msk burger dan x same rase mcm beli kt tepi jln, tp aku tetap berbesar hati sbb dia mskkan utk aku. Meh layan gmbr burger legend yg laki aku bt...

Tuesday, June 4, 2013

Sabar ye baby...

Baby dh masuk 21 minggu. Bile suggest kt encik suami bln dpn dh blh start beli brg baby, dia kate tunggu lps raya. So sad... Bkn suh beli semua pun. Cuma start beli sikit2 je. Baper ringgit la sgt. Ape la sgt kalau bg aku rm50 - rm100 ke utk beli sehelai dua baju baby ke. Ni dh le xnk, kasar pulak cara menjwb. Terasa mcm peminta sedekah pulak. Ni la nasib org x bekerja. Nk harap duit suami mcm ni la. Pregnant kali ni terasa sgt2 kecik ati. Mengidam itu ini satu pun x dpt. Benda lain blh beli. Baper sgt la harga sepinggan laksa johor. Sian baby dlm perut ni. Belum keluar lg dh dianaktirikan. Sedihnye... Terasa mcm nk lari jauh2... :'(

Tuhan,
Lebihkan lah rezeki aku pasni supaya aku x menyusahkan saper2 pun even laki aku sendiri...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kesabaran yg hilang....

Mungkin org lain blh sabar sbb cuma mendgr keluhan kitorg. Tp utk org yg mengadap tiap2 hari benda ni, kesabaran tu bkn dh tipis. Tp dah hilang terus. Tak sakit tp terbaring tido smpi nk masuk 4 hari. Bgn cuma utk mkn dan tgk tv. Tak tlg satu apa pun. Pinggan sendiri pun xnk basuh. Polisterin utk mkn sendiri pun xnk buang. Bt ikut suka. Perlu ke ckp elok2 lg? Bile kena maki pandai lak nk tunjal2 jari kt aku. Pegimati!!

Monday, June 3, 2013

Sekian lama...

Owh em ghee! Lame sungguh aku x update blog. Lame sungguh dh aku tinggalkan aktiviti2 blogging ni. Nk berblog mcmn kalau diri sendiri pun x terurus.

Syukur alhamdulillah usia kandungan aku skang dh masuk 5 bulan. Alhamdulillah jugak bdn dh semakin sihat. Morning sickness dh xde. Aku dh boleh kembali aktif bt keje rumah dan yg paling penting dh blh amek order blk. Means ekonomi aku dan family akan kembali pulih pasni. Hopefully... Aamiin...

Ekceli ingat nk update pasal percutian kt Mersing last week. Tp mcm mls lak. Layan gmbr je la ye. Gmbr pantai2 kt mersing yg sgt ohsem! ;-) ekceli ade byk gmbr tp mls nk upload seme...

  

Sunday, May 12, 2013

Doa...

YA ALLAH..
Jika hari ini ada kerapuhan dijiwaku, tegarkanlah.
Jika hari ini ada keputusasaan, bangkitkanlah jiwaku kembali tuk
melangkah.
Jika hari ini ada kesulitan, mudahkanlah semua urusanku.
Jika hari ini ada kesedihan, gantilah dengan Senyuman.
Jika hari ini ada keraguan, yakinkan hatiku untuk tidak ragu-ragu.
Jika hari ini ada kerinduan, pertemukanlah aku dengannya..

Ya Rabb..
Tetap sabarkan hatiku dan kuatkan langkah ini.
Tuk tetap TEGAR serta TABAH dalam setiap Uji-Mu.
Bimbinglah aku yang mendamba Ridha-Mu.

Aamiin ya Rabb..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, March 25, 2013

♥ Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan ♥

Untuk ibu2 yang sedang mengandung... jom baca doa ni utk baby2 kite...



♥ Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan ♥


-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.


Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Frust....

Sesungguhnye aku rase mcm nk nangis je skang ni. I feel betrayed. Keciwanya hati ni Allah je yg tau. Maybe disbbkan pregnant, aku jd over sensitive dan in the end terover react. Tuhan... Kuatkan lah semangat aku. Berilah aku kekuatan dlm situasi ni Ya Allah.. Tuhan... Tunjukkanlah aku setiap yg terbaik dlm hidup ni..

Wednesday, March 20, 2013

Tangisan dalam tangisan...

Aku dh penat menangis... Besarnye dugaan pregnant kali ni. Aku sentiasa sakit2. Kalau sblm pregnant aku blh bt seme keje sendiri, tp skang satu keje pun aku x mampu nak buat. Tuhan... Tolong aku... Beri aku kekuatan Ya Allah... Aku dah malu nak menyusahkan orang lain dgn keadaan aku ni. Tuhan... Semoga baby yg dikandung ni membawa sejuta rahmat kepada kehidupan aku sekeluarga. Semoga dia membesar sbg bayi yg sihat dan sempurna sifatnya... Sihatkan aku Ya Allah... Aku nak melakukan ibadah kpdMu dgn sempurna...

Wednesday, March 13, 2013

Week 9

Syukur hari ni bdn rase lebih baik dari semalam... Hari ni genap 9 minggu usia kandungan. Aku sentiasa berdoa agar kesihatan aku pulih setiap hari. Rasenye aku x pnh lg tulis kt blog ni yg aku pregnant. Expecting for the 4th. I was very excited at first.. Tp excited tu makin lame makin menyusut bila aku alami alahan yg sgt2 teruk. And at the same time, terlalu byk dugaan yg melanda smpikan aku rase aku x mampu nak lalui. Aku sedih sgt. Sejak pregnant ni air mata ni sgt murah. Mudah sgt mengalir. Aku tau... Allah xkn menguji kite dgn sesuatu yg di luar kemampuan kite. Tp aku rase dugaanNya kali ni sgt2 berat. Smpikan aku x pasti sama ada aku mampu utk tanggung seme ni atau tidak.. Xtau lah sama ada dugaan ni yg terlalu berat atau aku yg terlalu lemah utk hadapi semua ni.

Tuhan... Jadikan aku sekuat dan setabah dulu... :'(

Monday, March 11, 2013

Bosannye...

Serius aku bosan! Dlm sekelip mata, semuanya berubah. Sentiasa ingatkan diri... Tuhan mmg akan beri kite ujian sblm beri kite kegembiraan dan kebahagiaan. Mungkin aku akan terima kegembiraan dan kebahagiaan yg berganda. Sbb tu la ujian dtg bertimpa2. Bkn aku x pnh rase mcmn besarnye hikmah org yg bersabar. Tuhan... Semoga aku tabah menghadapi semua ni...

Duhai hati.... Menangislah sepuas2nya andai itu dpt melegakan.... :'(

Wednesday, January 30, 2013

Baking nite!





Letihnye... mlm ni aku kena siapkan 1 blueberry cheesecake, 1 small chocolate moist cake, 1choc moist bday cake dan 2 brownies. Hoho... Mata dh mengantuk. Rahang dh mcm nk patah dah asyik menguap je. Tp masih lom boleh tido lagi. Rase mcm dh x tertahan dah ni. Adakah aku akan bertahan? atau adakan aku akan continue sok pg2 sblm subuh je?  Rase mcm dh nk tertutup mata ni. Harusss la aku sambung esok je keje2 ni seme. Tapi sblm tu nk update blog dulu....

Siang td a.k.a ptg smlm tibe2 aku dpt panggilan dari sekolah. Berderau darah. Apa agaknye yg berlaku kt kakak ni? Rupe2nye cikgu ckp kakak sakit pale. Nak balik. Dah berkejar lak aku ke skolah. Tinggal seme order. Tu yg mlm ni tibe2 keje berlambak ni. Balik amek dia, terus bwk dia g mkn. Rupe2nye dia xmkn yg berat2 dari pagi. Sbb tu sakit pale. Sian kakak.

Alamak... aku pun x tau la ape yg aku merapu. Dh baper kali terlelap sambil menulis entry ni. I think i'd better stop. See ya readers! Tgk sok luse kalau aku free aku menulis lagi kt blog usang nih. Last but not least, sok aku ade bt CREAMPUFF ngan PAI ROTI DAGING. Kalau ade yg nak leh bukak page Yummilicious.  Pastu PM ye. Byeeeeee!!!



Monday, January 28, 2013

Perlu x berkira?

Aku mmg x suke nak berkira... Apetah lagi kalau pasal makan... TAPI... kalau orang berkira ngan aku, aku jadik sakit ati. Dan bile aku sakit ati, mulut aku mmg jahat. Aku masak makan utk ank, laki & mak aku. Tapi aku x pnh pun kisah selame ni kalau dia makan hak ank2 & laki aku tu. Kdg2 smpikan anak laki aku nk mkn pun terpakse bercatu. Paling sedih kdg2 smpi laki aku balik xdpt nk makan pun. X kisah la.. Hal makan kan. Tapi DIA... siket pun keje kt umah ni dia berkira nk buat. Bile makan, dia basuh pinggan dia je. Bukan berkudis pun kalau dia tlg basuh sebiji dua pinggan yg kt dlm sinki tu. Tapi dia xnk buat pun.

AKU... tunggang langgang kat dapur menyiapkan order, cari rezeki nk bantu laki aku. Supaya seme org dapat makan yg mewah2 sket. Untuk PERUT dia jugak. Tapi DIA... dia boleh terbongkang tido dari jam 8 malam smpi ke 8 malam esoknye... x pnh pun nk tolong aku walau sikit pun utk bt keje2 rumah. X patah tangan dia rasenye kalau dia tolong aku sapu sampah & kemas kt depan tu.

LAKI AKU... bekerja 6 hari seminggu mencari rezeki utk tanggung seisi rumah... OPKOS termasuk perut dia. Bile hari cuti atau masuk keje tengahari, x kering kuku bantu aku kemas rumah, sapu sampah, angkat sampah. DIA... MASIH TIDO... Kejut mintak tlg buang sampah, dia buat selamba. Kejut mintak tolong sapu sampah, dia buat selamba gak. TAPI... bile perut dia kebulur, pandai pulak dia bangun. Bangun je tido, terus g dapur, habiskan seme makanan yg ada kt atas meja seolah2 org lain kat rumah ni x de perut dan x payah makan. Bile perut dia dah penuh, dia masuk bilik dan sambung tido. Pastu bile lapar lagi, bangun mencekik lagi. Pastu tido lagi. Bile dah puas tido, keluar. Balik2 nanti makan lagi. Lepas makan tido lagi. Mcm tu je la keadaan dia sehari2.

AKU? Aku manusia biasa yang mempunyai tahap kesabaran yg BERLIMIT. Sampai satu tahap, aku jadik seorang yg sangat2 berkira, sampaikan dia tgh makan pun aku marah. Hidup aku penuh tekanan disebabkan DIA. Dan bile aku luahkan kat FB, pasti akan ade mulut2 mereka yg berjiwa mulia tapi tak pernah alami ape yang aku alami cuba menasihatkan aku, seolah2 akulah orang yang paling jahat dalam dunia. Mmg niat kawan2 di fb aku semenye baik... TAPI... mereka semua tak tau apa yang aku alami. Betapa hebatnya tekanan yang aku rasa sampaikan aku boleh bertindak macam tu...

TUHAN... jauhkan dia dari aku & keluarga aku.... Aminnn....


Pizza oh pizza...


YESSSS!! Setelah sekian lame aku mencari2 resepi doh pizza yang sedap, akhirnye jumpe pun. Resepi dah lame dalam simpanan tp x pernah cuba.Tah mcmn tadi boleh tergerak hati nak mencuba. Habis tepung sekilo aku adunkan.. Sekali dapat 6 pan pizza saiz besar.

Budak2 ni? Girls sgt2 happy sedangkan yg boboi mcm biasa buat x paham. Ari ni the girls diberi sorg satu pizza utk dibuat. Happynye diorg. Ni hasilnye pizza dari kakak dan ain...



ok x? pandai anak2 mama. ok ni pulak salah satu piza yg ade td... 


Sunday, January 27, 2013

erk... same?!!

Tah mcmn tadi tergerak nk klik kt nama sorg fren kt fb. ekceli fren ni aku x kenal pun. fren di FB saje. aku klik pun disebabkan cover photo dia yg agak dasat... pastu tergatal lak tgn nk tgk kt album dia... tetibe je mcm sentap. erk... naper ek... dia jual same mcm ape yg aku jual... tu xde masalah... sbb seme org pun jual benda yg sama... tp naper ek... ade satu menu istimewa aku pun dia jual... dan ade item tu yg dia jual, dia buat bentuk yg same mcm yg aku jual.. hmmm... aku benci cara berniaga yg mcm ni. SANGAT TIDAK PROFESIONAL!

SERIUS! aku x suke peniru mcm ni. Aku penat2 pk idea tp dia sng2 je nk memplagiat idea aku. cisss bedebah sungguh! fren, perbuatan kamu sangat sangat sangat SANGAT HINA tau x? disgusting betul! geram. GRRRRRR!!!


tapi xpelah... marah setakat marah je la... x kisah pun kalau dia nk buat ape pun. cume meluat je dgn org yg nk yg senang je utk senang. xpe... semoga kami same2 berjaya nanti... peace yo!


Setia Hujung Nyawa : TV atau novel?

Lately ni hidup aku penuh dgn nama Zain Hakimi, Ersalina, Hady, Iqram... Di sana sini asyik terbayang watak2 ni... Besar sungguh penangan drama bersiri SETIA HUJUNG NYAWA kat tv3 skang ni. Sampaikan aku mintak laki aku belikan novel dia semata2 sbb keobsessan aku pada cerita ni...


Bile dah bace novel ni (even lom abes lagi), mmg sgt ketara yg citer kat tv tu mmg x follow sgt novel ni... terutamanya pada watak Hady yg sgt ketara sikap kawan mkn kawannye kt dlm tv tu, dan jugak watak Iqram yg selalu menggugat hidup ersalina. Kat dlm novel, hady bukan la mcm dlm drama tv tu. Dan Iqram pun xde la asyik mengganggu life ersalina.

Papepun antara TV dan novel, aku prefer novel. Cerita dalam novel lebih simple, x complicated dan sgt rileks utk aku baca. Bukan la bermaksud citer tv tu x best. Citer tu best. Dengan lakonan zain hakimy (xtau nama sbnr pelakon ni) yg sgt menjengkelkan, menyebabkan aku ketagih nk tgk citer ni. hehehe..

Hidup Ersalina! ;p

Sunday, January 13, 2013

Outstation lagi...

Dia outstation lagi. Dan kali ni 4 hari. Terase lame sgt. Aku x tau mcmn aku nk lalui 4 hari ni tanpa dia. Bosannye. Semangat seakan lari menjauh. Selalu kalau dia outstation aku xpnh kisah pun. Maybe sbb selalunya x sampai 4 hari kot.

Aku tau... Aku kena didik diri aku supaya terima keadaan ni. Dah keperluan tugas dia mcm ni. Aku kena redha supaya rezeki yg diperolehi tu nanti lebih berkat. Insyaallah... Aku tau aku kuat. Sebenarnye aku KENA kuat dpn ank2 aku supaya diorg seme pun kuat. (wpun seme dh nanges2 masa antar papa dia td.. Huhuhu...)

Tuhan... Kuatkan semangat aku utk menjalankan tugas2 harian sepjg dia xde ni....

Wednesday, January 2, 2013

Welcome 2013!

Sekejap je masa berlalu. Rasenye dah terlalu lame aku x menulis kt sini. Terlalu sibuk sampaikan masa utk berblog semakin terbatas. Jgn kate berblog, fb yg dihujung jari tu pun aku dh slow. Tp xpelah... Syukur... Sibuk2 pun disbbkan rezeki bln lps agak membanggakan..

Semakin hari aku dh makin biase dgn life sekarang. Life sbg seorg usahawan yg baru nk naik.. Yg sentiasa kena kerja keras utk dptkan tmpt dlm hati pelanggan2 di muar dan bekerja keras utk membawa nama Yummilicious ke tahap yg lebih baik...

Hopefully thn ni aku dpt merealisasikan impian aku. Semoga Allah permudahkan semuanya... Aminnnn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...