.....what i've felt, what i've known, never shine through in what i've shown.....

Thursday, November 22, 2012

Mengapa rezeki susah nk masuk...

Terbaca artikel ni di fesbuk.


Mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK...

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tp kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.

Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu nikmat yg plg azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. wallahua'lam...]
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, November 3, 2012

Biarlah....

Bila hati mula berkata "biarlah...",
Bermakna hati ni mmg sudah tidak mengharap lagi...
Rajuk akan dipendam...
Dendam mula bersemi...
Dan tangis cuma di dalam hati...

Bila hati ni dah tersinggung,
Mungkin cuma masa yang dapat mengubati...

Beringatlah wahai si pemilik rusuk kiri...
Jgn dibiarkan "biarlah" itu terus duduk di sudut hati...
Kerana bila rajuk semakin jauh terpendam,
Ia x mungkin akan mudah terpadam....

- NH -

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...