.....what i've felt, what i've known, never shine through in what i've shown.....

Friday, April 8, 2011

Cara-cara untuk kenalpasti telur tiruan

info ini diambil dari laman web TryMasak (http://www.trymasak.my)

Kawan2, skang ni kecoh kes telur tiruan yang dijual secara berleluasa kat negara kite essp penang... Ni ada sket tips ttg mcmn nk kenalpasti sama ada telur tu tiruan atau tidak... sharekan supaya lebih ramai boleh tau ye....



Cara-cara untuk kenalpasti telur tiruan :

1. Telur tiruan agak besar dan apabila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae-bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur).
2. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
3. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
4. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
5. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
6. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.  Telur tiruan tidak berbau dan tidak mempunyai sebarang rasa.
7. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
8. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
9. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Careful ye kwn2... pesanan utk diri sendiri gak... sbb sy mmg 'pengguna telur tegar' sbb telur mmg bahan utama dalam kek, cookies dan tarts saye.... 

1 comment:

ICAZIESYIRA said...

terus rasa takut nak makan telur :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...