.....what i've felt, what i've known, never shine through in what i've shown.....

Monday, April 16, 2007

Sekadar renungan...

Ade orang forward artikel kat aku... menarik dan mendalam maksudnye... renungkanlah sama-sama k.... (dia kate kat situ, ni petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa -saper ek ??)

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS...
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa?
Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, marilah kita pakat mengingat.
Bahawa dunia hari ini makin singkat.
Esok atau lusa mungkin kiamat.
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

Tuesday, April 10, 2007

Hari ini dalam sejarah...

Punye la lame aku x g tgk wayang. Dah 2 thn lbh rasenye. Sejak caca lahir smpi dia dah 2 thn lbh. Semalam nak jadik cerite bawak la caca g tgk wayang. Citer Mr Bean. Excitednye dia mase nak g tu. Heboh satu umah dia citer... "Caca nak g ayok (tgk) Tebin (Mr bean) kat ayang (wayang)". Huhu. Dia xtau wayang tu cane... huhu... Mumy bt2 la marah. Biase lagi kecik2 dah pandai nak merayap tgk wayang. Melalak la dia sampai terbalik2 bibir... "Uwaaa... mumy yayah (marah)"... Punye la excited nak g...

Masa dlm keta aku ckp kat dia, kat dlm wayang tu gelap tau caca. Saje je muke dia. Sibuk dia bebel... "Caca nak ayok tebin... caca nak ayok tebin..." Skali tu sampai kat wayang dah gelap la pulak. Aku dah terdetik dlm hati ni... Jgn dia takut sudah... Aku tgk muke caca dah semacam. Mcm culture shock pun ade. Huhu... sian anak aku. Dlm seploh minit citer tu start, dia dah mule gelisah... dia cakap kat aku... "Mama... citer ni x dap (sedap) ah... jom bayik (balik) ma"... huhu... dah agak dah mesti jadik cani. Aku buat xphm jek. Papa dia pun bt xphm. Memule dia duk kat seat dia. Pastu nak duk atas riba papa dia, pastu nak pindah atas riba aku, pastu nak duk balik kat seat dia... Skali tu ade part lawak dlm citer tu, org lain pun ketawa la kuat2. Dia pun ape lagi... dia mmg takut bunyik org ketawa kuat2 ni. Terus dia duduk atas riba papa dia, suh dukung. Masa tu xnangis lagi. Skali tu masuk part lawak lagi. Org lain pun ketawa kuat2 lagi. Dia pun mule je la... melalak ajak balik. Kebetulan lak time dia melalak tu, part lawak tu dah abis. So, syp la sket kat sana. Maka... kedengaran la suara caca yang nyaring tu dlm panggung. Huhu... Papa dia pun mule la naik hangin. Dia bawak budak tu kuar. Lamenye... mane la papa ni pegi... Aku call rupe2 nye dah nak smpi umah dah 2 beranak tu. Siannye 2-2 anak & bapak tu... Last2 papa dia tinggalkan dia ngan mumy & dady. Papa dia ajak kuar balik nak amek mama, dia xnak. "Akut (takut)... geyap (gelap)" dia kate... hehe... Sian anak aku...

Hmm... nmpknye kompem la caca ni phobia nak g tgk wayang lagi... alamatnye lps ni xde can la aku nak g tgk wayang lagi... uwaaaaaaaa!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...