.....what i've felt, what i've known, never shine through in what i've shown.....

Friday, December 22, 2006

Cube bace ni... huhu...

Ni aku amek dari Metro online ari ni (22 Dec, 06). Yg jadik 'masalah' kat sini bukan la topik utama tu.... tp cube korang bace perenggan yg last2 tu... (yang aku bold kan tu...)

Beri cuti tanpa rekod

JOHOR BAHRU: Kementerian Sumber Manusia meminta majikan di negara ini bersikap prihatin memberi kelonggaran cuti tanpa rekod kepada pekerja yang menjadi mangsa banjir terutama di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, berkata majikan diminta memberi kemudahan itu kepada pekerja yang berhadapan dengan bencana alam berkenaan.

Katanya, ia penting bagi membolehkan pekerja membaik pulih rumah dan menyediakan keperluan keluarga dari segi rawatan dan makanan.

“Saya yakin majikan di negara ini mempunyai rasa prihatin. Bagaimanapun, sekiranya ada yang berhadapan masalah dengan majikan masing-masing, mereka boleh melaporkan kepada kementerian sebelum pegawai membantu menghubungi majikan mereka untuk memberi pelepasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penyerahan komputer bimbit kepada 200 pelajar Kolej Teknologi Cosmopoint di Rumah Alumni, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai di sini, petang semalam. Hadir sama, Presiden Cosmopoint, Datuk Idrus Mohd Satha.

Sementara itu, Idrus berkata, pemberian komputer bimbit itu bertujuan untuk menyahut seruan kerajaan dalam melahirkan graduan yang lebih berkualiti dan lebih ramai pekerja celik teknologi maklumat (IT).

Beliau berkata, pihaknya juga percaya pemberian komputer bimbit secara percuma itu mampu melonjakkan modal insan berminda kelas pertama dengan lebih segera.

“Dengan adanya komputer bimbit ini, pelajar boleh mencapai ilmu pengetahuan tanpa had dan murah berbanding pada masa sekarang apabila buku pengetahuan dan rujukan di negara ini dijual pada harga yang mahal.

“Oleh itu, kita berharap usaha perintis yang dilakukan Cosmopoint akan diikuti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membantu meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan graduan di negara ini,” katanya.

Difahamkan, Cosmopoint memberikan sebanyak 2,000 komputer bimbit secara percuma bernilai RM5 juta kepada pelajarnya yang pendapatan keluarganya adalah kelas menengah dan rendah.

Wow... I'm speechless... huhu... ape komen korang ??? hehehhe....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...