.....what i've felt, what i've known, never shine through in what i've shown.....

Friday, December 22, 2006

Cube bace ni... huhu...

Ni aku amek dari Metro online ari ni (22 Dec, 06). Yg jadik 'masalah' kat sini bukan la topik utama tu.... tp cube korang bace perenggan yg last2 tu... (yang aku bold kan tu...)

Beri cuti tanpa rekod

JOHOR BAHRU: Kementerian Sumber Manusia meminta majikan di negara ini bersikap prihatin memberi kelonggaran cuti tanpa rekod kepada pekerja yang menjadi mangsa banjir terutama di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, berkata majikan diminta memberi kemudahan itu kepada pekerja yang berhadapan dengan bencana alam berkenaan.

Katanya, ia penting bagi membolehkan pekerja membaik pulih rumah dan menyediakan keperluan keluarga dari segi rawatan dan makanan.

“Saya yakin majikan di negara ini mempunyai rasa prihatin. Bagaimanapun, sekiranya ada yang berhadapan masalah dengan majikan masing-masing, mereka boleh melaporkan kepada kementerian sebelum pegawai membantu menghubungi majikan mereka untuk memberi pelepasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penyerahan komputer bimbit kepada 200 pelajar Kolej Teknologi Cosmopoint di Rumah Alumni, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai di sini, petang semalam. Hadir sama, Presiden Cosmopoint, Datuk Idrus Mohd Satha.

Sementara itu, Idrus berkata, pemberian komputer bimbit itu bertujuan untuk menyahut seruan kerajaan dalam melahirkan graduan yang lebih berkualiti dan lebih ramai pekerja celik teknologi maklumat (IT).

Beliau berkata, pihaknya juga percaya pemberian komputer bimbit secara percuma itu mampu melonjakkan modal insan berminda kelas pertama dengan lebih segera.

“Dengan adanya komputer bimbit ini, pelajar boleh mencapai ilmu pengetahuan tanpa had dan murah berbanding pada masa sekarang apabila buku pengetahuan dan rujukan di negara ini dijual pada harga yang mahal.

“Oleh itu, kita berharap usaha perintis yang dilakukan Cosmopoint akan diikuti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membantu meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan graduan di negara ini,” katanya.

Difahamkan, Cosmopoint memberikan sebanyak 2,000 komputer bimbit secara percuma bernilai RM5 juta kepada pelajarnya yang pendapatan keluarganya adalah kelas menengah dan rendah.

Wow... I'm speechless... huhu... ape komen korang ??? hehehhe....

Tuesday, December 19, 2006

Bebelan Semasa Hujan...

Sejak semalam lagi ujan turun kat Muar ni. Nak kate lebat sgt tu xde la... tp bukan gerimis. Kire kalau kuar tu, basah la jugak. Hmm... walau ape pun Alhamdulillah la sbb hujan cani... Baru la aku rase sihat sejak sekian lame sakit. Bestnye rase bdn ni sbb ari ni xde matahari yg terik... huhu...

I think i need a deep rest... ari tu dah plan nak g cuti ujung thn ni... tp mcm xjadik. Sedeynye. Kalau ade dpt g bercuti kat mane2 rasenye mesti aku ok kot lepas tu... Mcm mase pregnant caca dulu. Lepas balik dari bercuti barulah kurang morning sickness aku. Hmm... aku nak gak pegi bercuti kat mane2... even cuma 1-2 hari jek. Kat dekat2 pun jadik la. Asalkan aku dapat rest kan otak & badan ni...

Now ni aku dah nak masuk week 14. Suppose, M.S aku dah nak abis (kalau ikutkan ape yg aku bace la...) Tp aku still mcm tu gak... Hmm... besarnye dugaan Tuhan. Aku lum g bt buku merah lagi. Ingat next week baru nak g. Abis la... mesti kena bebel ngan nurse nanti. Huhu.. Aku bukan ape... aku malas. Dah le badan aku ni mcm ni. Nanti nak kena menunggu lame2. Poliklinik tu bukan xtau... Orang punye la ramai. Diorg ni... time aku pregnant, time tu la diorg nak pregnant same... hehe...

Kali ni awal2 lagi mmg aku dah plan nak bersalin kat hospital. Dulu masa caca, sibuk aku nak bersalin kat private. Tp last2, disebabkan caca breech (very critical breech), mak aku suh aku g hospital gak. Laki aku pun suke je la.. Demi menjadik anak dan isteri yg solehah (biar selamat masa melahirkan nanti) aku pun ikut la cakap mak aku & laki aku. So, for this time, awal2 lagi aku plan nak bersalin kat hospital. Sbb masa dulu aku rase layanan hospital Muar ni sgt2 ok. Tp dgn syarat la... (mcm masa anak 1st dulu) aku nak segala2nye 1st class. Aku siap ugut laki aku... Kalau bkn 1st class, aku nak bersalin kat private. (solehah sgt la aku ek.. hehe)

Hopefully kali ni baby aku xde ape2 complication. Aku teringin gak nak merasa bersalin normal. Nak rase mcmn sakitnye melahirkan anak. Dulu caesar (c-sec). Xrase ape pun. (Alhamdulillah). Kalau ikutkan... nak je aku caesar lagi kali ni. Tp cam xbest aa... teringin gak nak bersalin normal mcm ibu2 yg lain... Tp kalau dah ditakdirkan caesar lagi, nak bt cane. Ok gak sbb xsakit langsung. Cume xbest sbb laki aku xdpt bersama2 aku masa baby tu keluar...

Pregnant kali ni, perut aku mcm cpt sgt membesar. Baru 3 bulan lebih aku dah blh pakai baju pregnant (tp yg t-shirt je la). Nak kate kembar, xkembar baby aku ni. Tp perut aku cpt tul naik. Ari tu g scan. Punye la lasak baby aku. Xreti diam tgn & kaki dia. Kecik lagi tu. Dah besar nanti tah cane punye lasak. Mesti cam kakak dia dulu... Ni baby aku masa week 12 ari tu... Kiut x ? Hehe... Masa tgh scan tu xreti diam kaki & tgn dia. Asyik nak bergerak. Masa ni jantina dia dah ada tp xleh nak nmpk lagi sbb kecik sgt. Si Caca punye la happy dpt tgk baby. Senyum lebar dia. Bising mulut dia panggil "Baby... Baby...". Lps drp tu... sesaper jek g klinik, bile tanye caca g klinik bt ape, dia kate tgk baby... huhu... Sampaikan papa dia g klinik pun dia kate nak tgk baby... Baby ape caca...? Baby cacing ade la kot dlm perut papa tu... hehe...

my 2nd baby (week 12)

Monday, December 18, 2006

Week 13

Letihnya badan ni... skang ni aku dah pun masuk minggu ke-13 pregnant. Dah nak masuk 14 pun... tp morning sickness aku masih lagi ade. Tensennye... Aku sniri pun dah lupe la masa Caca dulu minggu ke berapa baru ilang morning sickness aku. Aku dah bosan sgt tau x ? Dah bosan dah dengan rase mual, letih2 segala ni... God... kuatkan la semangat aku. Kalau di pk2 betapa siksanye morning sickness ni, mmg la aku rase mcm ni last aku pregnant. Serik tul. Tp Tuhan pun tau aku suke babies... sbb tu la Dia bagi aku anak lagi... hehe... Syukur.... Ye la... skang ni mmg la siksa... tp bile baby dah lahir, tgk baby yg comel yg selama ni menyorok dlm perut aku ni... lupe lak aku macamane siksenye aku lalui 3-4 bulan pertama pregnant ni... Xpe baby ye... sabar ye dok dlm perut tu... mama mmg camni, suke merungut... Mama, Papa & Caca sayang baby & x sabar nak tunggu baby kuar... (huhu... ape aku mengarut ni...?)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...