.....what i've felt, what i've known, never shine through in what i've shown.....

Monday, September 26, 2005

Haa ?? Salah jadual ?? Malunye...

Hehe... ari ni aku dah cipta rekod la pulak. Dah nak masuk 6thn aku jadik lecturer, ni le first time aku salah jadual. Bengong! Aku ingat ari ni kelas VB. So aku dengan confident'y g kelas bawak soalan kuiz VB. Skali tu bile naik... eh... pesal ramai2 lak budak JAVA aku tunggu ni. Aku tanye diorg, kelas ape. Diorg kate.. "Kelas cik la.. kan ari ni kuiz...". Aku termenung jap... "Tul ke ?", aku tanye. Diorang ketawa... Eee... malunye... Cane la aku leh dpt idea yg kelas java esok lak ni ? Sewel la aku ni. Dah le aku lum print soalan kuiz java lagi. Aku suh diorg masuk kelas dulu. Nasib baik soalan dah siap. Kire settle la satu masalah.. Tinggal 1 lagi, cane aku nak bgtau si Azni (student VB aku) yg kelas tukar ari lain lagi. Mesti dia kate aku sewel... Ape la pn olynn ni. Asyik tukar2 kelas jek... Uwaaaaaaa... malu lagi la nampaknye.... Nasib baik Azni sorang. Aku bagi dia soalan suh buat kat library jek. Xpasal2 si Azni free2 dpt buat open book quiz. Siut tul...

Rasenye ari ni mmg ari bengong aku la. Dah le td kena muntah ngan Tasya. Aku dah siap2 dgn tudung segala, skali tu mase on the way nak antar dia g tmpt mumy dia leh muntah kat atas riba aku. Nasib baik la sket. Ala... sikit pun, bau dia sama jek... "Tensen la mama... tasya ni.. sampai ati tau tak". Uwaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Wednesday, September 21, 2005

RM9.90 jek...

Weekend ari tu balik kluang. Skali tu tgh jln2 cane tah tali sandal aku leh putus lak. Alamak... aku dah la pokai bulan ni. Nak xnak terpakse la jugak cari sandal lain. Jalan2 kat The Store Kluang tu skali tu ternmpk satu sandal yg quite ok la... Bile tgk price dia... Aik... RM9.90 jek ? Aku pun ape lagi... xpyh pk panjang. Terus jek beli. Ala.. sementara jek. Kalau x ok, dpt gaji nanti beli yg lain. Tul x ? Seumur hidup aku (sejak aku pandai beli kasut sendiri), ni la sandal yg termurah pernah aku pakai... ;p Hmmm... ni la dia sandal murah tu... Cantik x ?

Thursday, September 15, 2005

Welcome to the world !!!

Tahniah pada zai & azhar yg baru je menerima cahayamata ke-3 pada 15 September 2005, jam 2.20am. Hmm... 5 hari lepas baby yan kuar. Utk baby boi zai & azhar... "Welcome to this beautiful world!!"

Xsabar la pulak nak tgk baby zai. Pasni boleh la aku picit + tarik pipi anak zai... hehe... Ari tu nak picit pipi anak yan segan sbb ramai sedara mara dia.... ;)

(bile la nak g umah zai ni... nak amik gmbr anak dia lak...)

Wednesday, September 14, 2005

Saje nak test masukkan video...

Saje je nak test masukkan video. Ni video clip SOAD - Toxicity... Enjoy ok... ;p

Music Video Codes by FreeVideoCodes.com

Tuesday, September 13, 2005

10 Seksaan Paling Ngeri...

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Wallahualam...

Welcome to the world, baby yan&zaiyan (nama xtau lagi)!!!

Welcome to baby yan yg lahir pada 10 September 2005 ari tu...

Ari Ahad ari tu g hospital tgk baby baru Yan & hubby. Kiutnye baby dia... tp sayang... terlupe nak amik gambar. Segan punye pasal sampaikan terlupe... Sbb mase tu family dia ramai kat situ... hehe... Xpe lah... nanti g umah dia leh amik gmbr baby & letak kat blog nih...

Utk baby yan yg comel tu,
SELAMAT DATANG KE DUNIA YG INDAH NI...!!!

Wednesday, September 7, 2005

Olynn Junior ?



Tgk... serupe x kitorang ? Hehe... ni baru Olynn junior... So, kalau korang seme kate tasya kiut, secara xlangsung mama tasya pun kiut la yek... hehe... ;p

Tuesday, September 6, 2005

Happy besday to me... hehe

Hmm... smalam besday aku yg ke 29 thn. Fuiyooo... dah tua la aku. Tp xpe... Jiwa muda lagi... Tuan aji cakap umur aku baru 20 tahun. Hehe... (Xsedar diri la pulak... ;p)

My wish :
Semoga hidup aku lebih diberkati selepas ni... dan semoga hidup aku sekeluarga bahagia selama-lamanya. Xde ape yg lebih penting dalam hidup aku selain dari keluarga & kawan2. So, aku harap sangat semoga semua org senang dgn aku...(walaupun aku ni jahat mulut... hehe)

Org yg first ucap eppy besday kat aku, adik aku yg paling degil dlm dunia tu ha... si FARID a.k.a ADIK. TQ adik. Then, si BOI... org ke-3 baru HUBBY aku. Sedih la jugak sbb bukan hubby aku yg jadik org pertama yg wish aku. Tp xpe.. kesalahan dia dah dpt di'cover' dgn SE k750i yg dia belikan (in advance) tu... hehe... Jgn xcaye... akhirnye dpt gak aku encet idaman aku tu... Yahooo!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...