.....what i've felt, what i've known, never shine through in what i've shown.....

Monday, June 13, 2005

Rahsia beg tangan (amik dari Metro Ahad)

Apa ada dalam beg tangan atau beg duit wanita ? Besar atau kecil beg yang dibawa mencerminkan karektor wanita itu sendiri.
Jika beg yang dibawa kecil, wanita itu tentu ringkas orangnya. Maknanya orang yang berjalan berlenggang tu (macam itik pulang petang), mestilah tergolong dalam kategori wanita paling ringkas kerana telefon bimbit, duit, kad pengenalan dan lesen memandu cuma dimasukkan dalam poket seluar.
Bila bawa beg besar, banyak barang 'mengarut' di bawa ke hulu ke hilir atau dalam erti kata lain, bawa barang yang tidak penting atau cuma digunakan sekali sekala.
Kalau diselidik, senarai barang yang dibawa wanita dalam beg besar ialah beg duit, telefon bimbit, cermin mata hitam, kunci rumah, kunci kereta, kad perniagaan yang disimpan rapi dalam bekas keluli, kamera digital, tisu, diari, buku bank, pil vitamin, penyegar mulut dan payung lipat tiga (takut tengah berjalan ditimpa hujan).
Percaya tak, ada juga wanita membawa bekal air dalam botol mineral yang turut disumbat dalam beg tangan.
Jangan x percaya, ramai wanita turut membawa beg kecil khusus untuk menyimpan alat mekap yang dimasukkan pula ke dalam beg besar tadi.
Tau sajalah, bagi yang suka bersolek, dalam beg mekap pasti lengkap dengan bedak padat, pelembap bibir, gincu (barang wajib), celak, pembayang mata, pemerah pipi, maskara, minyak wangi, losyen badan, sepit kuku dan "floss".
Dalam beg duit pula, selain duit, kad pengenalan, kad kredit, lesen memandu, kad keahlian gedung perniagaan, resit mengeluarkan wang dari mesin juruwang automatik, wanita juga menyimpan resit pembelian barangan di pasaraya.
Pendek kata, beg tangan sebenarnya macam rumah atau pejabat bergerak yang menyimpan semua keperluan wanita itu.
Bayangkan resit panjang berjela pembelian barang rumah dan dapur di pasaraya disimpan dalam beg duit, patutlah beg duit wanita kelihatan kembung semacam. Itu tak termasuk kad niaga yang diberikan orang kepada mereka.
Untuk sementara kad itu disimpan dalam beg duit sebelum dipindahkan ke tempat menyimpan kad. Namun mulanya saja kata 'sementara'. Sampai sudah, kad niaga orang lain berkepuk dalam beg duit.
Kalau naik pengangkutan awam, tentu lebih banyak koleksi disimpan dalam beg tangan. Tahu apa dia ? Tentulah tiket yang disimpan utk pemeriksaan konduktor bas.
Ada wanita suka mengambil risalah dan iklan lalu dimasukkan ke dalam beg, kononnya untuk dibaca nanti.Sayangnya, ia hanya menambah bilangan sampah sarap dalam beg tangan kerana bukan selalu pun mereka mengemas beg tangan atau beg duit.
Sebenarnya mesej yang hendak disampaikan di sini ialah senang saja nak menilai karektor wanita.
Wanita yang suka bawa beg besar ialah mereka yang suka berjaga-jaga, lebih tepat lagi selalu berpegang pada peribahasa "Sediakan payung sebelum hujan", manakala wanita yang membawa beg kecil atau berlenggang ialah mereka yang ringkas, malas hendak susahkan diri mengangkut banyak barang ke hulu ke hilir.
Bukan apa, nak membeli belah nanti tak cukup tangan nak membimbit semua barangan, iaitu barangan peribadi yang dibawa dan barangan yang baru dibeli.

9 comments:

aniza said...

haaaa...kite tau..dlm beg tangan kak olynn mesti ade pampers tasya & botol susu. hik hik hik ;)

Cikgu Ita said...

so kite ni tergolong dalam wanita yang ringkas lah ek....patut lah kite ringkas..haha

Puan Olynn said...

ya betolll niza.. ehehhe... bukan setakat tu... tuala kecik nak lap air liur tasya pun ada... Biase la... kite kan sentiasa bersedia. Kalau sblm ade baby dulu leh la berlenggang.. skang ni nak xnak terpakse la sumbat seme tu dlm beg tgn... ;p

AJ said...

yeah...yeah...

nasib baik dh mule pakai handbag.....tergolong gak ngan korang arrr!!

hehehhe.... kiter simpan pe tau..hehehhe..."sup cendawan Campbell" sebungkus... hehehe... caya x..so, kiter tergolong dlm kategori pe lak... :P

Puan Olynn said...

kategori gelojoh... kuat makan...

lia puteri said...

kiter letak..bawang putih, kepala parut, lada kering, halia..kategori aper lak kak oin oii..KATEGORI WANITA SOLEHAH ..yg syg suami gunakan air tangan sendiri (rajin masak..)

Puan Olynn said...

kategori pembantu rumah la lia... heheh...

AJ said...

hehhehe....kelakar nya...
pembantu filipino ke Indon ek!!!!!!

lia puteri said...

suit jek jean...
ooo..kak ita..serang jean!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...